
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan.
Saturday, November 5, 2011
MANUSIA YANG BONGKAK
Posted by cinta_syahid at 10:33 PM 0 comments
MANUSIA BONGKAK
Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan.
Posted by cinta_syahid at 10:25 PM 0 comments
Thursday, November 3, 2011
PENTINGKAH AKHLAK SEORANG GURU
Posted by cinta_syahid at 8:33 AM 0 comments
Sunday, October 2, 2011
BESAR BENAR 2 NI’MAT INI
AKU BUKANLAH MANUSIA TERBAIK, AKU BUKAN MANUSIA YANG PUNYA SEMUA KEMEWAHAN, AKU BUKANLAH MANUSIA YANG DIHORMATI DAN DISEGANI KERANA PANGKAT APATAH LAGI AKU INI HANYA SEORANG GURU SEK AGAMA RAKYAT YANG GAJI NYER DITANGGUNG OLEH RAKYAT…
WALAUPUN NI’MAT KEMEWAHAN DUNIA INI TIDAK DITAKDIRKAN UNTUK DIMILIKI TETAPI AD SESUATU YANG AMAT BERHARGA YANG ALLAH BAGI, YG RASENYER X MAHU KEHILANGAN SAMPAI BILA2 HINGGA MATI. DAN JIKA KEHILANGAN NYER INI PASTI HIDUP INI TIADA ERTI DAN NILAI.
TERIMA KASIH ALLAH YANG TIDAK TERHINGGA DI ATAS NI’MAT INI, IAITU NI’MAT IMAN DAN ISLAM, MOGA ALLAH MEMBANTU DALAM MEMELIHARA KEDUA-DUANYER HINGGA HEMBUSAN TERAKHIR…
SEBAGAI SEORANG GURU, SETIAP LANGKAH ANAK MURID DIPERHATIKAN DENGAN RASA KASIH SAYANG, AGAR ANAK-ANAK INI TIDAK AKAN TERSUNGKUR DENGAN GODAAN DUNIA…NAMUN KADANG-KADANG KALA MEREKA TIDAK PERNAH MENGERTI DAN TIDAK MAHU MENGERTI, TETAPI BERPEGANGKAN PRONSIP MENYAMBUNG PERJUANGAN RASULULLAH HARUS KU TERUSKAN WALAUPUN JANJI NYER KEPAHITAN, KESAKITAN. NAMUN SELALU KU MOHON KEPADA TUHAN AGAR DIPERTEGUHKAN IMAN DI HATI, AKAN KU TUNGGU WALAU 100 TAHUN LAGI JIKA TEMPOH UNTUK KAU MENGENALI DIMANA KEHIDUPAN YANG SEBENARNYA, KU MOHON SELAUT KESABARAN DARI ILLAHI.
BENAR KATA NI’MAT IMAN DAN ISLAM INI HANYA DIBERIKAN ALLAH KEPADA MEREKA YANG DIPILIH BUKAN KEPADA SEMUA, JIWA2 ORANG ISLAM JUGA TIDAK PERNAH DI MINTA UNTUK DITAKDIRKAN MENJADI BUKAN ISLAM TETAPI ITULAH TAKDIR ILLAHI, BERTUAH SUNGGUH ORANG2 YG D DLM KAD PENGENALAN TERCACAT PERKATAAN BIN DAN BINTI,,KERANA NIKMAT ISLAM YANG ALLAH TIDAK BERIKAN KEPADA MEREKA BERNAMA SAMI DAN AH CHONG, BERTUAH NYER KITA.
NAMUN DALAM BANYAK2 MANUSIA ITU TIADA SIAPA YANG MENGERTI TENTANG INI. NIKMAT INI DIBIARKAN SAHAJA TANPA ADA RASA INGIN DIPELIHARA.
BILA HATI INI ALLAH TIDAK BERIKAN KITA UNTUK MERASA NIKMAT INI KITA TIDAK AKAN PERNAH MENGERTI BAHAWA NIKMAT INI SANGAT INDAH BELAKA.
SBG SEORANG PENDIDIK, JADI BILA KITA CUBA MENGERTIKAN PELAJAR BERKAITAN DUA NIKMAT INI, ADA SEBAHAGIAN KECIL DARI MEREKA YANG MENGERTI DAN TERUS BERUSAHA KE ARAH ITU, NAMUN AD JUGA DIANTARA MEREKA YANG TIDAK MAHU MENGERTI DAN TIDAK INGIN MENGERTI, JADI DISINI YANG MEMBEZAKAN ORANG YANG MENSYUKURI NIKMAT INI DAN DIBERIKAN ALLAH NIKMAT INI,
ANA TIDAK PERNAH MENYALAHKAN MEREKA YANG TIDAK MAHU MENGERTI TENTANG INI TETAPI ANA SANGAT SEDIH, BAGAIMANA HARUS KU MENGERTIKAN MEREKA BAHAWA 2 NIKMAT INI PERLU DIPELIHARA AGAR MENDAPAT KETENANGAN YANG ABADI. KERANA HATI2 ORANG2 YANG BERIMAN INI AKAN SENTIASA TENANG.
MENGAPA DUA NIKMAT INI SANGAT INDAH WAHAI SAUDARA2 KU KERANA :
1) MELALUI NIKMAT INI KITA AKAN TAKUT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA ALLAH, “JIKA SEMPURNA IMAN SESEORANG ITU PASTI DIA TIDAK AKAN MELAKUKAN DOSA KETIKA ITU”
2) KERANA NIKMAT ISLAM MEMBOLEHKAN KITA MENGIKUTI SEORANG RASUL MUHAMMAD S.A.W
3) NIKMAT INI JUGA AKAN MEMANDU KITA MENUJU ILLAHI UNTUK TERUS MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN TAKUT DARI KEMUNGKARAN ALLAH
4) DENGAN NIKMAT INI JUGA KITA TIDAK AKAN BERTINDAK MENGIKUT NAFSU KITA
5) DENGAN NIKMAT INI JUGA KITA LAYAK UNTUK SUJUD KEPADA ALLAH
6) DENGAN NIKMAT INI JUGA KITA AKAN SENTIASA MENSYUKURI NIKMAT ILLAHI
7) DENGAN NIKMAT INI JUGA KITA TIDAK PERNAH TAKUT KEPADA MANUSIA
8) DAN DENGAN NIKMAT INI JUGA KITA AKAN MEMPEROLEHI KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT
JADI MENGAPA KITA BIARKAN DUA NIKMAT INI BERLALU BEGITU SAHAJA, MENGAPA TIDAK KITA CUBA SEMAI, PELIHARA..JGN BIARKAN IA PERGI DARI DIRI KITA DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT INI.
Posted by cinta_syahid at 9:29 AM 0 comments
Monday, August 29, 2011
Jom Tambah Pahala Di Hari Raya
Salam akhir Ramadhan dan selamat menyambut hari raya aidilfitri..
setelah genap kita berpuasa selama hampir sebulan, alhamdulillah maka ALLAH menentukan kemenangan kepada orang-orang beriman ynag telah berjaya berpuasa selama sebulan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH seperti didalam surah al baqarah ayat 183..
maka setelah sebulan kita berpuasa, menjadi bulan untuk mentarbiyyah(mendidik) diri, kita banyak bertadarus, bersolat tarawikh, bersahur, berbuka awal waktu dan sebagainya maka kini kita melangkah ke 11 bulan yang seterusnya untuk kita mempratikkan diri menjana ibadah menjadi istiqamah, insyaallah,
jadi marilah kita bersama memperingatkan diri agar pada satu syawal ini bukan lah tempat kita menambah dosa tetapi kita bersama menambah pahala disisi ALLAH..insyaallah dalam meneruskan segala amal yang telah kita lakukan sepanjang bulan ramdhan,
Antara perkara yang disarankan dilakukan untuk menambah pahala adalah;
1. sahabt, pembaca yang dikasihi oleh ALLAH... kita sering terlupa untuk melakukan perkara yang sangat baik kita lakukan pada malam raya adalah melakukan qiamulail sebelum kita menyambut syawal pada 1 syawal. ketika di malam hari nyer kita digalakkan untuk bangun dan bertahajud kepada ALLAH dalam mengharapkan keredhaan ALLAH. Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban. Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.
2. Di pagi raya kita di sunatkan untuk mandi sunat aidilfitri. i pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." (Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi).
3. Berziarah adalah amalan yang dituntut, Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak." Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak." Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.
4. Makan sebelum solat sunat aidilfitri - Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
Tetapi harus diingatkan dalam kita bergembira menyambut syawal yang penuh kegembiraan yang lupa berbuat amal kebajikan kepada yang memerlukan.
Dan yang paling penting dalam seronok berziarah dan mengunjungi sanak saudara jangan kita menambah dosa dalam perkara yang baik,
1. Jangan tinggal solat waktu semasa waktu berziarah
2. Jangan lambatkan solat untuk mendahului perkara lain, jaga solat fardhu agar kita tidak tertipu dengan bisikan syaitan yang sentiasa ingin melihat manusia melewatkan perkara yang fardhu.
3. Satu perkara yang perlu diingatkan adalah jangan bersalaman dengan yang bukan mahrim supaya budaya bermaafan yang baik ini tidak termasuk dalam perbuatan yang di benci oleh ALLAH. Adab pergaulan perlulah dijaga dengan baik supaya apa yang kita lakukan adalah dibawah rahmat dan kasih saying Allah.
OLEH ITU MARILAH KITA MERAYAKAN BULAN SYAWAL BULAN KEMENANGAN INI MENGIKUT APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH AL QURAN DAN ASSUNNAH..
Posted by cinta_syahid at 3:30 AM 0 comments
Permintaan Iblis kepada ALLAH???
Anas bin Malik r.a. berkata:
"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya,
''wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."
Firman Allah:
"Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."
Iblis bertanya lagi:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"
Firman Allah:
"Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"
Firman Allah:
"Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"
Firman Allah:
"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"
Firman Allah:
"Azan untukmu ialah seruling."
Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"
Firman Allah:
"Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."
Iblis Bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"
Firman Allah:
"Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."
Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"
Firman Allah:
"Perangkap bagimu ialah wanita."
Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"
Firman Allah:
"Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."
Posted by cinta_syahid at 3:27 AM 0 comments



