CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 18, 2009

Selagi Ada Masa...As Syabab





Selagi ada masa, sebelum nafas terhenti dan sebelum roh meninggalkan jasad kembali kepada yang menciptakan. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan lima peluang keemasan yang diberikan oleh ALLAH untuk semua makhluk yang bergelar manusia. Setiap hari pada pagi dan petang kita sering berdoa semoga mati kita kerana ALLAH dan mati kita dalam kalimah tauhid.....
Amru bin Maimun R.A meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
“Ada lima perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma ALLAH S.W.T kepada semua umat manusia. Lima perkara itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik-baiknya sebelum datang lima perkara yang lain. Ia adalah masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa senang sebelum masa susah, masa lapang sebelum datang masa sibuk, serta masa hidup sebelum datang kematian”
(rujukan hadis dari tundukkan hati rahsia keikhlasan hidup di dunia fana karangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat & Annual Bakri Haron)
Hadis ini ada kaitan dengan firman ALLAH S.W.T,
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan-pesan untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
(Surah al Asr : ayat 1-3)
Selari dengan tuntutan da’wah yang diberikan tanggungjawab terhadap seorang makhluk yang diberikan gelaran sebagai khalifah di muka bumi allah seperti firman ALLAH bermaksud :
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”
(Ali Imran:104)
Namun tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada seorang khalifah ini bukan mudah dan senang bak kata orang putih it is not easy and simple. Bagaimana rasulullah seorang rasul Allah tetap tidak diberikan jalan mudah untuk menyampaikan risalah kebenaran. Jika hari ini jalan menuju Allah itu penuh dengan mehnah dan trabulasi dan mungkin kadang-kadang kita tak disenagi oleh org lain, dan mungkin fitnah mendatang tanpa henti dan mungkin kita terus disingkirkan dan mungkin kita akan dibenci namun wahai dai teruskan perjalanan mu jangan sekali berpatah balik, jangan sekali memandang kebelakang kerana semua itu akan Allah bayar dengan PAHALA yang besar di sisi Allah. Bagaimana ketabahan rasulullah tidak pernah berputus asa dalam berda’wah walaupun baginda dikatakan gila, dikatakan seorang ahli sihir dan dipinggirkan oleh kaum sendiri. Namun perjuangan yang diletakkan untuk ALLAH tetap diteruskan walau payah dan perit.
Peluang masa yang diberikan Allah dengan percuma itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, kenikmatan nafas yang Allah berikan percuma kepada kita dimanfaatkan untuk kerja-kerja Islam, masa muda yang penuh kekuatan dan tenaga yang kuat di berikan untuk membantu menyampai risalah kebenaran, keseronokan waktu sihat kita jadikan advantage untuk digunakan memakmurkan rumah Allah dan memberi peringatan kepada orang yang masih tergapai – gapai mencari kebenaran. Dan kesempatan hidup yang Allah pinjamkan ini dijadikan satu platform mencari keredhaan Allah. Kerana bila mata telah tertutup nafas telah terhenti jasad telah kaku tiada apa yang hendak disesalkan kerana masa untuk diperhitungkan amalan yang telah dilakukan...Ya Allah dimanakah diri ini akan dicampakkan samaada syurga atau neraka Mu...Sesungguhnya aku tidak layak ke syurga Mu dan aku tidak mampu menanggung azab neraka Mu yang pedih. Hanya rahmat dan kasih sayang Mu ku dambakan ya Rahman....
WAHAI AS SYABAB BANGUN DAN BANGKITLAH TEGAKKAN AGAMA YANG TERCINTA
WAHAI AS SYABAB JANGAN KITA TERLEKA DENGAN KEASYIKAN DUNIA YANG PENUH TIPU DAYA
WAHAI AS SYABAB TENAGA KITA DIPERLUKAN UNTUK KERJA-KERJA ISLAM
WAHAI AS SYABAB JGN LOKEK KELUARKAN TENAGAMU HATTA ENGKAU MENJADI ORG YANG TIDAK PENTING UTK KERJA-KERJA ISLAM....
WAHAI AS SYABAB JANGAN BIARKAN DIRI KITA TERUS DIPERBODOHKAN OLEH AGEN-AGEN MUSUH ALLAH...
TETAPKAN HATI MENUJU REDHA ALLAH......

Buat diri ini jangan lupa peringatan ini!