CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 16, 2012




MEREKA HINA NABI KITA????

ALLAH melihat kepada hottest story sekarang nie "innoncence of muslims" terasa bahang kemarahan dalam hati, x sanggup nak melihat cerita itu sampai habis, bayangkan seorang insan yang kt sygi dikutuk dan d hina begitu, moga ALLAH menghina mereka.  Plot cerita yang begitu tidak bertepatan dengan sejarah dan ketamadunan islam sendiri, ketidaksopanan mereka terhadap agama islam, dan kebiadapan kekeliruan tentang islam di jadikan jalan cerita yang begitu tidak bertamadun, tidak berakhlak dan tiada kesedaran sivik yg tinggi; menghangatkan dunia dan khususnya orang ISLAM.

pemasalahan yang dihebatkan d media-media elektronik menunjukkan rusuhan yg begitu tragis di luar negara demi untuk mempertahankan islam dan kesuciannya dan kehormatan seorang RASUL ALLAH..

Terima Kasih kepada semua yang menyokong dan menyatakan kebencian yang amat tinggi kepada fenomena ini, namun dalam kontek yang lain ana berharap kita dapat menangani masalah ini dngan rasional seperti ap yg telah ALLAH dan RASUL memberikan keteladan yang tinggi kepada kita,

mgkin dalam 3 minute cerita yang ana lihat dalam cerita ini boleh diperbetulkan kembali kepada mereka yang bukan beragama islam, cerita yang mempertontonkan islam itu hanyalah sebuah seks, kerakusan kuasa, jahat, menindas wanita dan wanita berada di kelas kedua dalam islam serta islam menunjukkan kebencian kepada agama selain islam. inilah persepsi yang harus di perbetulkan.

1) Islam bukan agama yang kejam dalam peperangan - islam mempunyai adab dalam peperangan, dalam peperangan tentera muslim diajar cara beradab dalam perang, tidak boleh membunuh kaum wanita dan kanak3, tidak boleh membakar umah ibadah agama lain, dan tidak boleh menzalimi orang tua, 3 golongan ini kanak2, wanita dan orang tua perlu diberikan hak mereka kerana mereka tergolong d kalangan org2 yang lemah.
jika kita melihat peperangan dan serangan dari AMERIKA khususnya dan ISREAL amnya, membunuh 3 golongan ini dan menjadikan mereka sasaran utama, isu ini boleh dilihat dalam kekejaman ISREAL ke atas PALESTINE...

selain itu secara faktanya masyarakat islam dan kristian d bumi palestine bekerjasama bg menghadapi bahaya   kekejaman israel.

2)  Rasulullah adalah seorang yang dihormati oleh masyarakat arab, seorang yang jujur, seorang yang penyabar dan penuh kasih sayang - ketika seorang perempuan tua membenci beliau dan pernah membaling najis kepada beliau namun nabi masih bersabar dan ketika perempuan tua itu sakit nabi ke rumah orang tua itu untuk menziarahi beliau

3)  Nabi mengahwini wanita amnya ketika itu adalah untuk membela wanita-wanita yang telah kematian suami ketika berperang membela penindasan kafir quraisy ketika itu, wanita pertama yang nabi kahwini adlh khadijah, dan nabi hanya mengahwini isteri yg lain setelah kewafatan rasulullah.

4)  sejarah menjelaskan umat islam zaman RASULULLAH berperang adlah untuk membela penindasan dari kaum kafir quraisy ketika itu yg sangat menzalimi orang islam ketika itu, Kebangkitan islam adalah di bawah penjagaan ALLAH melalui AL QURAN.

jadi apakah penyelesaian yang terbaik untuk kita menangani isu ini???

1) marilah sama kita berdoa kepada ALLAH untuk membantu kita menangani isu ini dngn bijak dan terbaik.

2) kita bantah semua penghinaan NABI kita dengan cara berhemah,

3)  penyelesaian ketika membina keperibadian diri seperti didikan oleh RASULULLAH berdasarkan AL QURAN dan ALLAH yang diberikan hikmah kepada RASULULLAH.

4) DAKWAH perlu dipergiatkan kepada semua orang tentang indahnya islam ini, bukan sekadar agama tetapi lebih dari itu mengajar semua perkara, ISLAM is the way of life.

semoga perkongsian ini dan masalah ini memberikan kt inspirasi dakwah dengn lebih giat..  marilah sama-sama mengerakkan kerja2 islam dengan lebih bersemangat lagi.
kerajaan islam perlu didirikan demi memberikan gambaran sebenar ttg islam.

kemenangan islam itu pasti akan tiba, dekat, jauh, beribu batu itu bukan persoalan namun janji ALLAH itu pasti akan datang,

Dakwah itu panjang dan berliku dan jgn berhenti untuk kerja itu,,, moga ALLAH merahmati kita semua..