CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 20, 2011

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA???





YA RAMADHAN KU NANTIKAN HADIRMU DALAM DEBARAN

Setahun setelah berlalu kini ia tiba lagi menguji cinta buat hamba yang mendambakan cinta kekasih untuk digandakan segala amal pada bulan yang penuh kerahmatan. Seperti firman ALLAH dalam surah al baqarah 183
“wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
Kini Ramadhan kembali lagi setelah setahun ia pergi, penantian setahun Ramadhan ini penuh dengan debaran dan kerinduaan. Masihkah ada lagi ramadhan selepas ini untuk KU kerana kita tidak pasti dengan ketentuan takdir illahi mungkin tidak sempat untuk bertemu RAMADHAN lagi….
Apa yang dinantikan sangat dengan Ramadhan nie…dalam ramadhan ini orang berlumba mencari pahala berganda-ganda, maka yakin benar lah dengan firman allah ini, ALLAH hanya menyebut “wahai orang-orang yang beriman”, hanya mereka yang mempunyai iman sahaja yang mampu menjalankan tanggungjawab ini. Maka tidak pelik ler ada segolongan umat MUHAMMAD ini yang tidak berpuasa kerana ketika itu tiada iman didalam diri mereka..
Mari kita renungkan puasa adalah sesuatu yang sangat memerlukan keimanan yang tinggi untuk kita melahirkan ketaqwaan yang tinggi dalam diri yang cukup kerdil di sisi ALLAH ini. Semoga setiap kali kita berpuasa mengharapkan ALLAH bersama kita, kita menjaga semua perkara yang boleh menyebabkan pahala menjadi kurang.
Ramadhan merupakan penghulu segala bulan yang sangat besar anugerah yang ALLAH berikan kepada kita. Dalam bulan ramadhan ini terbahagi kepada 3 bahagian dimana 10 yang pertama adalah kerahmatan dari ALLAH, 10 hari yang kedua adalah ni’mat keampunan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA, dan 10 hari yang terkahir adalah terlepas dari azab neraka.
Ayuh beliawanis islam jangan biarkan RAMADHAN itu berlalu tanpa kita berbuat apa-apa. Masa inilah kita menambahkan azam kita untuk mendapat pahala berganda yang ALLAH anak ganjarkan kepada hamba-hambaNYA.
Jom kita cuba buat target untuk RAMADHAN kali ini agar kita ada persediaan yang lebih rapi lagi…Insyaallah bermula nyer malam 31 Julai ini maka bermulalah hari pertama kita untuk menunaikan solat tarawih, solat yang tidak ada pada bulan yang lain selain RAMADHAN. Azamkan dalam diri moga tarawih menjadi aktiviti wajib..tinggal beberapa hari nie kita cuba beli baju dan kasut raya awal-awal agar kelancaran ibadah kita pada bulan RAMADHAN tidak terganggu. Dan pastikan tadarus kita sepanjang bulan ramdhan kita jalankan walaupun hanya sehelai sehari al quran kita hayati dan kita baca. Insyaallah kita mampu melakukannya.
Wahai sahabat muslimah yang ana cintai kerana ALLAH, dalam bulan Ramadhan ini terdapat macam pilihan dan juga kelebihan. Antara pada bulan ini al quran diturunkan untuk memberikan petunjukkan kepada manusia dan membantu untuk menyelesaikan segala masalah sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat kini. Al quran ini cukup sempurna untuk dijadikan gus dur dalam kehidupan.
Dan kita juga sering mendengar cerita syaitan diikat pada bulan ramadhan nie..he3x best nyer boleh banyakkan amal…ana pernah terbaca artikel berkaitan syaitan diikat, jom kita kongsikan bersama
Syaitan diikat secara fizikal. Ini bermakna syaitan dibelenggu dan memang tidak dapat berkeliaran.

Syaitan dilemahkan, dan perkataan ikat itu sebagai sindiran kepada syaitan di mana syaitan terhalang dari mengganggu orang yang beriman.
Berkaitan pendapat pertama, ada pertanyaan jika syaitan diikat secara fizikal, mengapa orang masih berbuat jahat? Menurut ustaz, perkara ini pernah ditanya (berulang kali) dan jawapan paling baik ialah roti canai . Kata ustaz, hati itu ibarat tempat pembakar roti canai dan syaitan itu api. Setelah lama memanaskan pembakar roti itu, meskipun api sudah dipadamkan namun tempat pembakar roti canai itu masih panas. Sama juga halnya dalam keadaan ini. Setelah 11 bulan syaitan membakar hati, 1 bulan masih terasa panasnya meskipun syaitan dibelenggu.
Jadi apa tunggu wahai para muslimah, jom kita beramal bersungguh agar selepas ramadhan ini kita tidak tertipu 11 bulan akan datang sebelum ramadhan menjelma semula. Ramadhan ini permulaan dan selepas itu tiada akhiran untuk kita beribadah sehingga lah kita dijemput bertemu ALLAH. Jangan tunggu sehingga kita hanya melihat orang sembahyang untuk kita, jangan tunggu lagi sehingga kita di talkinkan. Ayuh kita lakukan perubahan sekarang.
Ana juga menantikan Ramadhan dengan penuh debaran dan penuh keazaman. Dalam kepala nie dah macam azam untuk dilakukan demi tidak ketinggalan mendapatkan pahala dari ALLAH..insyaallah ana doakan kita dapat memdidik diri kita untuk menjadi lebih cemerlang pada bulan Ramadhan untuk persiapan menghadapi 11 bulan yang akan mendatang…

“YA RAMADHAN KAMI MERINDUI MU”
AKHUKUM FIL ISLAM

Sunday, July 3, 2011

macam mana nak berusaha jadi baik

semalam artikel ana berkaitan dengan da'wah...mcm mn nak da'wah pada orang tapi kiter pun x baik... okay, an cuba berkongsi sesuatu yang an pernah buat dalam hidup ana..
dulu-dulu an nie nak kata solat, mmg solat tetapi hanya setakat solat 5 waktu tapi tak pernah ana hayati ap itu solat, bab tutup aurat dulu memang an pakai tudung tetapi penutupan aurat ana tak sempurna, tudung bidang 45' dan tak berstokin kerana bagi ana ketika itu dah lengkap menutup aurat...jadi ini kehidupan an yang biasa didahului x der ap2..hidup macam kosong, main games, study, keluar dengan kawan2, sembang kosong lepas tue pulun stady..tapi an cukup bersyukur kepada ALLAH kerana telah memberikan hidayah kepada an ketika an berusia 21 tahun ana mengenali ap itu islam.. ana berusaha mencari ilmu agama setiap hari, tak pernah an miss setiap kuliah di masjid di tempat belajor...pantang ad halaqah pasti ana org pertama yang akan sampai..kerana an baru mndapat manis nyer iman, mula berkawan dengan sahabat yang sentias bersama an dalam susah mahupun senang, alhamdulillah rasnyer hidup ini lebih bermakna. walaupun di kelas ana agak dipinggirkn, ustazah ler katakan. namun ketika itu kekuatan iman memberitahu ini adalah kasih sayang ALLAH kepadamu maka diuji untuk mengukuhkan mu di masa hadapan..

setelah mencari jalan yang mana harus di tuju, an tekatkan hati untuk meintima'kan diri ini dalam jalan da'wh ini. maka an berjanji pada diri untuk meneruskan kerja-kerja ini...

pertama kali diberikan taklifan berda'wah, ana jadi kaget ap nak buat nie..aku pun x perfect lagi...x kan nak ajak orang jadi baik, alahai macamn nie?????

maka sahabat an banyak memberikan tunjukkan ajar

yang pertama:
1) ilmu terus dicari dan ilmu perlu diberikan agar ilmu itu berguna kepada diri...maka an memberi ap yang ad dan terus mencari kuliah2 untuk dihadiri tanpa jemu.
2) kedua bila kita mengingatkan seseorang tentang sesuatu maka ALLAH akan memperingatkan kita berkaitan dengan perkara tersebut, jadi kita akan susah untuk melakukan perkara yang mungkar dalam kehidupa kita
3) ketiga da'wah juga boleh melalui teladan, kita boleh menjaga adab sesama manusia dan menunjukkan kebaikan dalam islam yang lahir dari hati dan iman kita.
4) da'wah pun boleh canggih menggunakan teknologi yang sedia ad seperti facebook, blog serta teknologi video. kita boleh menyampaikan tentang islam insyaallah..

jom ramai2 kita ajak orang jadi baik, semoga ALLAH sentiasa memelihara kita dalam kebaikan, jauh dari kehinaan ALLAH dan manusia.. buat sedikit tapi diterima ALLAH insyaallah.

PENAT NYER KERJA NIE




SEMALAM SELESAI SATU PROGRAM DUK TERMENUNG, USHH PENAT SUNGGUH LER BALIK PROGRAM NIE...HE3X...TENGAH DUDUK SORANG TERINGAT GELAGAT SETIAP SAHABT DI PROGRAM TADI, MACAM-MACAM GELAGAT AD, BERSUNGGUH BETOI.. :) TERSENGGIH LAGI TERINGAT PADA SAHABT2 NIE...dalam hati ini berfikir kuat betoi semangat sahabat ini tanpa pernah rasa penat dan jemu apa sebenornyer rahsia mereka ini.

seorang sahabat kata kita nak jadi baik tapi takkan kita seorang jer nak baik, kalau ALLAH ganjarkan syurga untuk orang baik maka kita kena berusaha untuk kesyurga tue tapi takkan kita nak tengok kawan-kawan lain x boleh bersama kita di syurga..suci benor naluri sahabat ini sanggup memikirkan kebaikan untuk orang lain..

seorang sahabat kata kalau kita nak jadi baik, yang pertama kena ada keaddan yang baik dan kawan-kawan yang baik, bak satu hadis dari RASULULLAH, "kalau kamu ingin melihat diri seseorang maka kamu lihatlah dengan siapa dia berkawan".. hebat juga adik nie

seorang lagi kata ini tugas kita,tanggungjawab kita sebagai seorg islam dalam memastikan semua orang dapat mengetahui ap itu islam yang sebenar seperti perintah ALLAH dalam al quran yang berbunyi "hendaklah ada sebahagian dari kamu yang mengajak kearah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran"..wah hebat sungguh sahabat2 an berfikir..

betoi semua pendapat tue..tapi itu semua bukan kerja yang sangat mudah..da'i dijalan ALLAH sering kali diuji dengan berbagai ujian..salah satu nyer bila kita ajak orang melakukan kebaikan kita sering ditempelak balik alah nak jadi baik konon dia pun sama jer...
ada pun bila kita berikan nasihat mereka merungut, alahai macam ustzh pulak dia nie..relax ler jangan sia-siakan masa muda ini..

sahabat payah benor kita nak ajak orang kearah kebaikan namun ini adalah nilai pahala disisi ALLAH..sering kali diuji..bila kita bercakap dengan 20org bukan semua yang akan mengikut kita mungkin hanya seorang..namun itulah yang perlu kita syukuri ini adalah ni'mat ALLAH, seorang yang ALLAH berikan itu mungkin harga nyer lebih bernilai dari 2o org yang kita hajatkan... ALLAH kata dalam AL QURAN lebih kurang maksudnyer begini kalau kamu bersabar akan ku gandakan jumlah tentera mu...maka mengapa kita tidak pernah berfikir untuk bersabar dalam melakukan kerja-kerja da'wah ini.

wahai para da'i dijalan ALLAH jangan berputus asa dalam kerja-kerja dakwah ini kerana di sini ada kemanisan dalm perjuangan...tekad kan hati menuju illahi..
da'wah ini jalan nyer sungguh panjang..bukan sehari bukan dua hari tapi memerlukan masa yang panjang untuk direalisasi menjadi kenyataan..

tapi ana rasa dalam setiap hati mereka yang berda'wah ini ada satu perasaan yang tiada pada orang lain iaitu perasaan kasih sayang, mereka ingin menyatakan perasaan kasih ini namun tidak tahu bagaimana, jadi program adalah satu jalan untuk mengajak orang lain mengenali ALLAH.. "wahai semua manusia yang dikasihi andai kita tahu betapa dahsyatnyer siksa ALLAH pasti kita takkan melakukan dosa" dan mn mungkin kami ingin ke surga sedangkan yang lain akan dibakar api neraka, mana mungkin kami sendiri yang inginkan kasih sayang ALLAH sedangkan yang lain dibawah kemungkaran ALLAH.. insyaallah dengan nilai kasih sayang yang ALLAH berikan kepada kami ini adalah satu kekuatan untuk kami terus membuat program tanpa rasa penat dan jemu..
moga ALLAH memberkati pekerjaan ini...

:)_

Friday, July 1, 2011

Dia Kekasih Ku




Siapa DIA dihatiku???????????
jiwa terasa kosong, terasa sunyi, terasa tidak tenteram mengapa??? banyak benor masalah yang datang nie...apa nak buat??? saper nak cari??? saper nak tolong???
adussss pening3x...

duduk sejenak melihat peristiwa siang dan malam, melihat kehebatan ciptaan seorang manusia, kejadian hujan dan kejadiaan alam ini...terdetik di hati...
aku ini adalah seorang hamba ciptaan ALLAH..mengapa tidak kulafazkan kata hati ini pada DIA kekasih abadi ku.
Ya ALLAH mengapa selama ini aku tidak pernah menyelami hakikat cinta sebenor kepada Mu..mengapa selama ini tidak aku yakin kepada Mu..

wahai Kekasih abadiku, Rahmat dan kasih sayangMu tidak pernah mungkir kepada Hamba-hamba mu samada yang beriman atau yang kufur..
baru kini aku sedari engkau tidak pernah menyekat nikmat bernafas kepada hamba-hamba mu sering mungkir menyempurnakan ketaatan kepadaMu, malah kau tetap memberi peluang kepada kami. Ya ALLAH besar benar kasih sayang Mu kepada hamba2Mu, andai setiap hari dosa yang kami lakukan engkau terus menurunkan nikmat-nikmat mu kepada kamI

Engkau berikan kepada kami ni'mat ibu dan ayah, kau berikan kepada kami nikmat rezeki yang melimpah ruah dalam keadaan kami mendustakan setiap perintah yang engkau berikan kepada kami..

Ya ALLAH kini baru ku tahu kehebatan kasih sayang mu yang tiada nilai berbanding kasih makhluk nyer..
Ya ALLAH ku lafazkan kata cinta ku pada mu dalam setiap kali selepas solat menghadapmu...hina manusia meninggalkan mu lebih hina dari seorang hamba abdi kerana hamba abdi ini mengerti akan perintah seorang tuan kapdanya. namun seorang manusia tidak menyedari bahawa dia adalah hamba kepada ALLAH yg diberikan segala keperluan dan kecukupan tanpa perlu berbuat apa-apa.. masyaALLAH aku serahkan jiwa dan cintaku ini hanya untuk MU..

dalam sujudku kepadamu ku serahkan segala-galanya padamu
alhamdulillah ketenangan abadi telah ku temui
kerana pada hakikatnya ENGKAU yang paling mengerti apa yang ada pada diriku kerana aku adalah makhluk ciptaan mu...

TQ ALLAH. :)