CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 17, 2011

KAU UMPAMA AIR SUNGAI…



Salam perjuangan iman, salam perjuangan da’wah, buat para akhawat yang disayangi kerana ALLAH, akhawat sekalian, hari ini bersamaan 17 ramadhan 1432 dan 17 Ogos 2011 hari ke 17 ummat islam berpuasa, dan ketika ini jugalah akhawat2 nisa’ Tambun sedang menganjurkan sebuah program bersama remaja yang di namakan quranic generation…berteraskan matlamat perjuangan mencari keredhaan ALLAH, program ini dianjurkan untuk melahirkan anak remaja, para pewaris pimpinan di masa hadapan agar tidak pernah berasa kekok dengan al quran, dan ini juga adalah sebuah perjuangan yang menuntun para akhawat untuk mengorbankan segala-galanya dari segi masa, idea, wang ringgit dan tenaga yang amat diperlukan untuk mengerakkan kerja-kerja islam.. wahai para akhawat nisa’ yang ana sayangi kerana ALLAH dan berjanji untuk menegakkan syiar islam kembali di masa semua manusia hanya mementingkan kerjaya, masa, keluarga dan juga kepentingan peribadi. Engkau wahai akhawat sanggup bersusah hanya untuk menyelamatkan manusia dari terus terumbang-ambing dalam dunia yang semakin terbuai dengan kemaksiatan dan kemungkaran disana-sini… maka ALLAH bersabda di dalam sebuah al quran yang diturunkan bermula 17 ramadhan, samalah tarikh program kita dianjurkan pada hari ini.. Firman ALLAH dalam surah As Saff “wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan engkau dari azab yang pedih iaitu taat kepada allah dan rasul dan berjihad kepada ALLAH dengan harta dan jiwamu, itu lebih baik andai engkau mengetahui.”

Maka para akhawat yang ana kasihi kerana ALLAH dan Rasul, program hari ini kita menyahut apa yang ALLAH sebut untuk memberikan perdagangan yang kita lakukan untuk memperolehi sedikit rahmat dari ALLAH, maka bilamana kita meletakkan ALLAH dan Rasul dalam perjuangan, ketika ini kita tiada masa untuk memangku tangan, medongak ke langit, berbaring di atas pembaringan yang enak kerana kerja-kerja da’wah sedang menanti dihadapan untuk dihidangkan kepada sesiapa yang inginkan keenakkan ketika di sana nanti…

Ketika ana duduk bersama seorang akhawat berkongsi cerita da’wah ketika dikampus, ana merenung deras aliran sungai mengalir terus mengalir tanpa henti, tanpa jemu, tanpa berputus asa dan terus mangalir dengan aliran yang sama walaupun dihadapannya tersekat batu besar yang sungguh luar biasa besarnya, semakin besar batu yang menghalang semakin deras engkau mengalir, semakin sempit tempat aliranmu semakin kau cuba terus mengalir lebih laju dan deras, masyaALLAH hebatnya ciptaan ALLAH ini,

Akhawat yang dirahmati kerana ALLAH, terfikir di sudut hati yang dalam inilah sebuah perjalanan hidup seorang yang menyatakan bahawa aku ingin menyusuri sirah perjalanan rasulullah, seorang para dai’e akan terus bergerak tanpa jemu inilah jalan da’wah yang mengajar manusia terus bergerak walaupun rintangan yang dihadapannya penuh onak dan liku. Akhawat yang ana kasihi dengan sebuah akidah perjuangan yang sama, itulah umpama seorang pendakwah,penggerak agama semakin sukar untuk bergerak semakin laju langkah mu menyampaikan da’wah ini tanpa jemu dan berputus asa, engkau seperti air terus bergerak tanpa henti walaupun engkau di caci manusia, walaupun engkau dicucuk duri luka, engkau merangka strategi bergerak seperti air yang mengalir merencana strategi melepasi diri dari sekumpulan kelompok batu besar untuk bergerak sehingga tiba di muara sungai…besar manfaat mu untuk manusia sepenuhnya menjadi perkara wajib dalam kehidupan untuk dijadikan air minuman, maka da’wah ini juga kesan nyer cukup besar memberi manfaat kepada orang lain umumnya untuk kembali mengenali sang pencipta, terus mara menuju illahi dengan menjadi makanan ruji rohani mad’u untuk bersama bertekad mengejar cinta dan kasih Illahi……

Wahai perjuang ALLAH, ALLAH berfirman kepada kita “adakah engkau mengira engkau telah beriman sedangkan engkau tidak diuji lagi…..” maka wahai dai’e dijalan ALLAH, sepenat kerja da’wah mu itu ALLAH tambah lagi rintangan untuk menguji nilai keimanan di dalam diri agar kita menjadi semakin teguh dalam perjuangan, jangan mengira betapa payah nyer bergerak, jangan dikira berapa masa rehatmu, jangan dikira berapa wang yang ingin kau belanjakan untuk dirimu kerana itu semua telah dibeli olah ALLAH dalam perjuanganmu…

Sahabat saat ana memandang sebuah perjuangan ini, apakah masih ada nilai sisi ini andai kita meninggalkan islam, tiada harga diri ini tanpa islam dan perjuangan, tiada nilai diri ini andai pejuangan ini kita tinggalkan kerana berputus asa dalam perjuangan, Sahabat bagaimana ingin ku nyatakan adalah sangat rugi andai kita meninggalkan perjuangan ini kerana kita tidak diperlukan dalam perjuangan tetapi kitalah memerlukan pejuangan untuk meraih sedikit keredhaan ALLAH, mencari sebuah cinta yang cukup hakiki buat seorang pencipta…

Para akhawat, ingin ku ingatkan buat diri dan buat akhawat kerana ALLAH ini dalam sebuah firman ALLAH surah al Maidah firman ALLAH lebih kurang berbunyi begini “janganlah kamu berpaling dari agama ALLAH, kerana ALLAH akan menggantikan kamu dengan satu kaum dimana ummat ini aku mnyintainya dan mereka mencintaiku , berkeras terhadap orang yang kafir dan bersikap lembut dengan orang yang beriman dan mereka tidak takut kepada celaan manusia…” , para akhawat yang ana sayangi kerana ALLAH, janganlah kita sekali pun melafazkan dan berniat untuk meninggalkan perjuangan ini kerana sesungguhnya kita tidak berguna pun untuk islam, tetapi sangat memerlukan islam, andai kita meninggalkan perjuangan maka ALLAH akan menggantikan kita dengan orang lain dimana mereka ini lebih tulus perjuangan nya dan dijanjikan syurga oleh ALLAH, moga kita bertemu ALLAH dalam iman, islam dan da’wah seperti syahid imam Hassan al banna…pergi seorang murrabbi yang dirindui sehingga kini…..

Sebagai renungan diri , kita tidak mampu menjadi mereka yg menegakkan islam di zaman sahabat yg penuh rintangan mengangkat senjata terkorban syahid di medan perang, kita tidak mampu untuk menjadi seperti Sayid Qutb sanggup ke tali gantung teguh mempertahankan akidah dan iman….tapi aku hanya mampu menjadi sedikit tenaga penggerak kepada program2 islam…semoga semua berjalan di bawah mardhatillah ALLAH, semoga mati kita nanti didalam iman, islam dan di dalam sebuah perjuangan dakwah di jalan ALLAH…

Senyum mujahid, senyum murabbi menuju ALLAH…

0 comments: