CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 29, 2011

Jom Tambah Pahala Di Hari Raya


Salam akhir Ramadhan dan selamat menyambut hari raya aidilfitri..
setelah genap kita berpuasa selama hampir sebulan, alhamdulillah maka ALLAH menentukan kemenangan kepada orang-orang beriman ynag telah berjaya berpuasa selama sebulan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH seperti didalam surah al baqarah ayat 183..

maka setelah sebulan kita berpuasa, menjadi bulan untuk mentarbiyyah(mendidik) diri, kita banyak bertadarus, bersolat tarawikh, bersahur, berbuka awal waktu dan sebagainya maka kini kita melangkah ke 11 bulan yang seterusnya untuk kita mempratikkan diri menjana ibadah menjadi istiqamah, insyaallah,

jadi marilah kita bersama memperingatkan diri agar pada satu syawal ini bukan lah tempat kita menambah dosa tetapi kita bersama menambah pahala disisi ALLAH..insyaallah dalam meneruskan segala amal yang telah kita lakukan sepanjang bulan ramdhan,

Antara perkara yang disarankan dilakukan untuk menambah pahala adalah;

1. sahabt, pembaca yang dikasihi oleh ALLAH... kita sering terlupa untuk melakukan perkara yang sangat baik kita lakukan pada malam raya adalah melakukan qiamulail sebelum kita menyambut syawal pada 1 syawal. ketika di malam hari nyer kita digalakkan untuk bangun dan bertahajud kepada ALLAH dalam mengharapkan keredhaan ALLAH. Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban. Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Di pagi raya kita di sunatkan untuk mandi sunat aidilfitri. i pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." (Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi).

3. Berziarah adalah amalan yang dituntut, Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak." Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak." Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.

4. Makan sebelum solat sunat aidilfitri - Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Tetapi harus diingatkan dalam kita bergembira menyambut syawal yang penuh kegembiraan yang lupa berbuat amal kebajikan kepada yang memerlukan.

Dan yang paling penting dalam seronok berziarah dan mengunjungi sanak saudara jangan kita menambah dosa dalam perkara yang baik,

1. Jangan tinggal solat waktu semasa waktu berziarah

2. Jangan lambatkan solat untuk mendahului perkara lain, jaga solat fardhu agar kita tidak tertipu dengan bisikan syaitan yang sentiasa ingin melihat manusia melewatkan perkara yang fardhu.

3. Satu perkara yang perlu diingatkan adalah jangan bersalaman dengan yang bukan mahrim supaya budaya bermaafan yang baik ini tidak termasuk dalam perbuatan yang di benci oleh ALLAH. Adab pergaulan perlulah dijaga dengan baik supaya apa yang kita lakukan adalah dibawah rahmat dan kasih saying Allah.

OLEH ITU MARILAH KITA MERAYAKAN BULAN SYAWAL BULAN KEMENANGAN INI MENGIKUT APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH AL QURAN DAN ASSUNNAH..



0 comments: