CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 22, 2011

SABAR????




Orang sering berkata sabar itu separuh dari iman, mudah dituturkan tapi payah sungguh nak sabar nie..cmner nie?????
Dalam jalan dakwah ini kadang-kadang kiter akan diuji dengan adik-adik usrah x nak pergi usrah ler, kiter juga mungkin diuji dengan keadaaan nak ajak anak-anak murid jadi baik kiter pulak yang diumpat nyer.. x jadi masalah lah dengan semua tue, janji yakin ALLAH ad kalau kita nak wat kerja baik…
Dalam kita nak sampaikan dakwah yang benar mungkin ada segolongan orang yang x suka nak tengok kita ajak anak-anak muda ini jadi baik. Jadi kita akan diuji dengan ujian umpatan, mungkin kita diuji dengan sesuatu yang boleh menyebabkan kita berasa agak kecewa. Tapi bila difikirkan dimana iman kita. Ungkapan sabar wahai diri jauh kita letakkan..
Jadi dalam diri ana, cuba nak didik diri menjadi orang yang sabar dalam apa-apa pun keadaan yang menimpa, bila diri dah berjanji untuk menjadi baik dan nak ajak orang jadi baik maka banyak pula ujian ALLAH nie kenapa lah agaknya…
Duduk sejenak selepas solat asar dan seusai membaca al mutharat muhasabah diri mana pergi nyer sifat sabar nie, fikir-fikir rupa-rupanya ALLAH nak tarbiyyah kita menjadi orang yang lebih relevan dan sabar kalau ad satu-satu masalah yang menimpa, kalau kita melenting pasti semua ini x dapat diselesaikan kerana kita ini sangat lemah berbanding ALLAH. Maka jalan yang terbaik kita minta ALLAH tolong kita, kan x jadi masalah kerana ALLAH lebih mengerti siapa kita. Seronok jadi orang islam nie ad masalah kita ambik wudhuk dan solat kita mintak kat ALLAH insyaallah hati jadi tenang, kita menangis dekat ALLAH kita x perlu malu kerana ALLAH x pernah perlekehkan kita apatah lagi ketawakan kita. Tapi bila kita nangis di hadapan manusia pasti orang kata kita ngada2x, kalau bahasa budak muda sekarang gedik betoi budak nie…kesian dah ler sedih kena kata pulak dengan makhluk bernama manusia.
Dalam perjalanan menuju redha ALLAH kesabaran sering kali teruji, mungkin ini cara ALLAH nak tambah pahala kita. Mungkin ALLAH nak bagitahu nilai sabar itu terlalu tinggi. bila tengok balik sirah Rasulullah berkata hati Hebat nyer insan ini, tahap kesabaran yang cukup tinggi. Seorang Insan yang hebat ini telah dijanjikan syurga, kekasih sang pencipta dan seorang utusan ALLAH yang disayangi oleh seluruh makhluk di langit dan dibumi. Seorang yang cukup penyabar nak sampaikan islam untuk kita walaupun diuji dengan ujian yang sangat getir, mencabar, dicaci, dihina dan macam-macam lagi tapi Rasulullah tetap sabar dengan ujian itu. Nilai akhlak yang rasulullah tunjukkan itu sungguh amat bermakna untuk insan yang lemah macam kita nie. Belajor jadi sabo untuk dapatkan keredhaan ALLAH, Belajor jadi sabo untuk mentarbiyyahkan diri. Tapi ana yakin kalau kita banyak bersabar ada balasan yang hebat ALLAH nak bagi kita..
Solusi nyer kita perlu sabar walaupun banyak rintangan yang menimpa kita…kerana ALLAH kata dalam AL QURAN “janganlah kamu bersedi kerana ALLAH bersama-sama dengan Orang yang sabar”….uhh lega dan tenang rasa hati…ALLAH bersama orang-orang yang sabar…mesti ALLAH nak bagi sesuatu yang lebih hebat kalau kita bersabar…samalah cerita Rasulullah memberi makan kepada seorang tua yang bencikan islam. Ketika Rasulullah hidup x Nampak lelaki ini nak peluk islam tetapi selepas kewafatan Insan yang hebat yang kita cintai ini maka ALLAH membalas kesabaran Rasulullah itu dengan hadiah yang terhebat iaitu lelaki tua itu masuk islam…YA ALLAH Hebat benor pencaturan ALLAH bagi nilai orang yang bersabar.
“YA ALLAH SABARKAN AKU MENEMPUH UJIAN DAN MEHNAHMU, JAUHKAN AKU DARI SIFAT PUTUS ASA, JADIKAN DIRIKU INI SENTIASA BERSAMAMU..YA ALLAH AKU MENCINTAI DAN MENYANYANGI MU, TERIMALAH NILAI CINTA KU INI DISISIMU, WALAU KU TAHU SIAPAKAH AKU DISISIMU..NAMUN X SANGGUP RASANYA AKU MENGHADAPI KEMURKAAN MU…AMIIIN”

0 comments: