CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 22, 2011

NAMPAK SIMPLE TETAPI SELALU TERLUPA????



APA KEBENDA NYER EK NAMPAK MACAM SENANG TETAPI MUDAH LUPA NAK BUAT, RUGI BETOI..ISH3X…
INI CERITA TENTANG KALIMAH "A'u zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Maksudnyer “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Jadi untuk mendaptkan hati yang ikhlas dan amal perbuatan lebih baik maka ayat ini perlu diamalkan setiap kali memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Maka pasti apa yang kita buat dipandu oleh malaikat. Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas 3x Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Oooo begitu, mudah jer..insyaallah boleh diamalkan.
INI PULAK BENDA MUDAH TAPI KITER X SELALOOO BUAT…ISH3X
Kisahnya ketika Rasulullah SAW bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telahmengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dengan begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Jadi x susah pun, jgn lupa setiap kali melakukan sesuatu kita mulakan dengan bismillahirrahmannirrahim moga amalan itu mendapat berkat dan menjadi ibadah jika niat nyer untuk ALLAH, mudah betoi nak kumpulkan pahala…jadi apa tunggu lagi jom kiter kumpul pahala.
Peringatan untuk semua kalau kita dah mati kita Cuma boleh bawak 3 benda jer iaitu Sedekah/amal jariahnya, Doa anak-anaknya yang soleh dan ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Jadi jom lumba-lumba lakukan yang baik. Sampaikan kebaikan satu hari satu, cuba baca al quran sehari semuka paling tidak pun jangan tinggal solat 5 waktu. JOM KITA JADI BAIK UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT! ;)’

0 comments: