Siapa DIA dihatiku???????????
jiwa terasa kosong, terasa sunyi, terasa tidak tenteram mengapa??? banyak benor masalah yang datang nie...apa nak buat??? saper nak cari??? saper nak tolong???
adussss pening3x...
duduk sejenak melihat peristiwa siang dan malam, melihat kehebatan ciptaan seorang manusia, kejadian hujan dan kejadiaan alam ini...terdetik di hati...
aku ini adalah seorang hamba ciptaan ALLAH..mengapa tidak kulafazkan kata hati ini pada DIA kekasih abadi ku.
Ya ALLAH mengapa selama ini aku tidak pernah menyelami hakikat cinta sebenor kepada Mu..mengapa selama ini tidak aku yakin kepada Mu..
wahai Kekasih abadiku, Rahmat dan kasih sayangMu tidak pernah mungkir kepada Hamba-hamba mu samada yang beriman atau yang kufur..
baru kini aku sedari engkau tidak pernah menyekat nikmat bernafas kepada hamba-hamba mu sering mungkir menyempurnakan ketaatan kepadaMu, malah kau tetap memberi peluang kepada kami. Ya ALLAH besar benar kasih sayang Mu kepada hamba2Mu, andai setiap hari dosa yang kami lakukan engkau terus menurunkan nikmat-nikmat mu kepada kamI
Engkau berikan kepada kami ni'mat ibu dan ayah, kau berikan kepada kami nikmat rezeki yang melimpah ruah dalam keadaan kami mendustakan setiap perintah yang engkau berikan kepada kami..
Ya ALLAH kini baru ku tahu kehebatan kasih sayang mu yang tiada nilai berbanding kasih makhluk nyer..
Ya ALLAH ku lafazkan kata cinta ku pada mu dalam setiap kali selepas solat menghadapmu...hina manusia meninggalkan mu lebih hina dari seorang hamba abdi kerana hamba abdi ini mengerti akan perintah seorang tuan kapdanya. namun seorang manusia tidak menyedari bahawa dia adalah hamba kepada ALLAH yg diberikan segala keperluan dan kecukupan tanpa perlu berbuat apa-apa.. masyaALLAH aku serahkan jiwa dan cintaku ini hanya untuk MU..
dalam sujudku kepadamu ku serahkan segala-galanya padamu
alhamdulillah ketenangan abadi telah ku temui
kerana pada hakikatnya ENGKAU yang paling mengerti apa yang ada pada diriku kerana aku adalah makhluk ciptaan mu...
TQ ALLAH. :)
Friday, July 1, 2011
Dia Kekasih Ku
Posted by cinta_syahid at 4:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment