CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 12, 2010

Mencari & Menjadi Sahabat Sejati

sahabt? perkataan yg sering bermain di minda...cmner nak dapat sahabat yg baik tapi sudah ker kt muhasabah diri?adakah kita sahabat yang baik...
jadi melalui tips nie mcm ner nak dapat sahabat yang baik dan mcm ner nak jadi shabt yg baik smg dapat koreksi diri....
apa beza antara kawan dan sahabat? ana lebih suka menggunakan perkataan sahabat kerana sahabat ini bukan sekadar memahami, menyayangi tetapi lebih kpd pembentukan diri mjd insan yang berjaya dunia dan akhirat...
ciri-ciri seorg sahabat yang baik ini ana ambik dlm majalah solusi moga dapat kiter memperbetulkan menjadi sahabat yang cemerlang.

1. menjaga hubungan dengan ALLAH
- cmner org yang tidak mengabaikan solat(sahabat cmnie baik utk menasihati kiter mengenal ALLAH)..rajin mengaji dan bertadabur alquran(blh mbantu kiter menjaga org yang sentiasa bersama al quran)...jadi oleh itu sahabat ini sangat penting untuk membantu menegur dan bertindak membetulkan kiter ke jalan yang diredhai oleh ALLAH.

2. menjaga hubungan dengan manusia
- menjaga tingkah laku unggul seperti berkata-kata perkara yang baik-baik shj, menepati janji yang paling penting berakhlak sebagai seorg muslim.

3. menjaga agama dan kehormatan diri
- mempunyai perasan malu kerana malu itu adalah sebahagian dari iman.. sifat malu itu penting untuk memastikan kita tidak terlibat melakukan perkara yang maksiat dan x berguna. menjga agama pula org yang sering mengikut perintah ALLAH seperti menutup aurat dan melakukan kerja amar makruf nahi mungkar.

4. taat kepada ibubapa
- menghormati kedua-dua org tua kerana redha allah adalah di atas redha kedua-dua org tua selagi mana tidak melanggar syariat agama. tidak lupa juga kepada adik-beradik yg lain juga yang lebih tua dan tidak dilupakan yang lebih muda. bak kata perpatah yang tua dihormati manakala yang muda di kasihi.

5. bercita-cita tinggi
- selain rajin beribadah perlulah mencari org yang mencintai ilmu. "kerana allah mengangkat darjat org yang berilmu"

6. bijak menguruskan masa
- kena cari dan menjadi sahabat yang menggunakan seluruh masa yang ad untuk berbuat baik seperti mengikuti persatuan yang islamik.

7. tidak mementingkan diri sendiri
- sahabat yang baik akan selalu menjaga hak sahabatnya dan sentiasa bersma dlm keadaan susah mahupun senang.

jadi carilah sahabat yang sentiasa mengajak kiter ke arah kebaikkan kerana inilah sahabat yang jujur yang ingin melihat kita bersama2 menuju ke syurga. jgn cari shabt yang suka mengajak kiter melakukan kejahatan kerana sahabat inilah sentiasa inginkan kita bersahabat dengan syaitan untuk membawa kiter ke neraka...
maka carilah sahabat yang baik. berdoa kepada ALLAH sentiasa dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik. insyaallah.
"tepuk dada tanya iman" :)

0 comments: