CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 18, 2009

kita selalooo nyer...



kadang-kadang kita lebih utamakan panggilan telefon dari boyfrenz kita dari calling allah untuk kita bersegera menunaikan tanggungjawab bersolat.

kadang-kadang or selalu-selalu or memang pun kita lebih memberi fokus dan menghayati setiap perkataan dalam sebuah novel dari kita cuba untuk bertaddabur mengorek segala2 panduan hidup kita dalam alquran

selalunyer....kita terlalu berminat dan bersegera untuk berjalan-jalan ke shopping kompleks untuk menunaikan tugasan kita bershopping dari kita berlumba melangkah laju menuju musolla/masjid untuk menunaikan solat berjemaah mendapat pahala berganda, mendengar tazkirah untuk pembersihan hati dan bertadarus bersama untuk memperbaiki bacaan al quran...
ish2 rugi nyer....shopping dapat penat,musolla dalam ilmu dunia dan akhirat..:)

kadang-kadang kita lebih suka melepak kat cyber cafe or wayarless untuk berchatting dari kita cuba berziarah dan bertanya khabar sahabat2 kita.

dalam setiap detik dan saat kita sentiasa merindui si buah hati pujaan jantung dari kita berzikir kepada al khaliq dan melahirkan kerinduan kita terhadap nabi junjungan kita. rugilah waktu dan saat itu andai kita biarkan ia dari tidak mengingati allah yang menciptakan kita dan kita tidak menunaikan sunnah nabi....cintakan bunga bungakan layu, cintakan boyfriend/manusia pasti ia akan mati tetapi cinta rasulullah pemberi syafaat di masyar nanti dan cintakan allah kekal abadi selama-lamanya.



kita selalunyer suka sangat menjadikan artis sebagai pujaan tetapi jarang-jarang kita mengenali siapa pahlawan-pahlawan islam dan srikandi islam yang berjuang bersama rasulullah untuk menyebarkan islam ke setiap penjuru alam....kita lebih mengenali beckham dari muhammad al fateh....kita lebih mengenali paris hilton dari siti khadijah dan summayyah....

kita kadang-kadang rajin study sampai pagi metelaah pelajaran apa kata kita spend 10 minute jer untuk bersujud kepada pencipta kita yang esa.

kita lebih gemar bernyayi lagu-lagu omputih dari membasahi bibir kita dengan lagu-lagu zikir dan ayat al quran....kita selalu ikut westlife nyanyi lagu uptown girl dari berusaha untuk menyebut alif laam miin......


buat diri ini dan semua sahabat yang ana sayangi kerana allah...kita fikirkan kembali dimana diri kita..semoga setiap saat yang berlalu kita mendapat rahmat dari allah..semoga 24jam kita semua lakukan ibadah kepada allah..isyaallah...semoga kita menjadi hamba allah yang bertaqwa....semoga di mana kita berada kita tegakkan syariat islam...suburkan iman kita, semai dan baja aqidah dalam diri kita aqidah yang betoi semoga nanti buah nyer akhlak islamiyah yang sejati...


cuba kita hayati senikata lagu bila tuhan dikenali oleh mawaddah cuba hayati menggunakan mata hati


Kalau Tuhan kita kenali kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami keagungan dan kekuasaan Nya
Kalau Tuhan kita rasakan betapa Dia sangat cintakan hambaNya

Kita akan sanggup berjuang sanggup mati kerana Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan Dia adalah segalanya

Korban kanlah apa sahaja kerana Nya
Cintakan Tuhan cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami Dialah pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham Tuhan ini siapa sebenarnya

Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita sanggup buat apa saja demi cinta pada Nya

Kita akan sanggup menerima ujian kerana Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan dialah adalah segalanya korbankanlah apa sahaja kerana Nya

Cintakan Tuhan cinta yg abadi cintakan selain Tuhan cinta murahan