Saturday, November 24, 2012
ERTI PERSAHABATAN
Posted by cinta_syahid at 7:48 PM 0 comments
Thursday, October 11, 2012
NIKMAT ITU....
ALLAH berfirman di dalam surah ar rahman ayat ke 16
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "
gambar seorag perempuan tua yang satu ketika dulu pernah menjadi seorang muda dan cantik,, namun ketika masa berjalan waktu berputar tahun bersilih ganti, hari ini perempuan ini telah menjadi seorang yang telah tua, telah hilang segala nikmat ketika muda dulu,
perempuan ini tidak segagah dulu, pasti selepas ini badan-badan nenek ini menjadi sakit dan teramat sakit untuk membawa beban ini, nenek ini juga akan cepat penat dan hasilnya tidak semewah dulu berbekalkan sedikit kudrat yang diberikan pinjaman oleh ALLAH,
hari ini saya ingin menulis satu kisah tentang nikmat yang ALLAH berikan pinjaman kepada kita dan diambil sedikit demi sedikit sebelum ajal datang,
badan manusia serta kemampuan manusia diibaratkan sebagai sebuah kereta, baru kereta berkenaan tiada masalah kemana saja mahu dituju, semakin lama kereta berkenaan harga kereta akan menurun, kepunyaan tidak sehebat dulu, kerosakan di mana-mana sahaja dan akhir sekali kereta itu akan dibiarkan tersadai tanpa dapat berbakti lagi.
itulah manusia melalui alam rahim, menjejaki alam dunia, berehat dialam kubur serta menanti di masyar. bila telah bertemu alam kubur berakhir pengabdian kepada Illahi. maka dalam surah ar rahman ini ALLAH meminta untuk kt renung bersama berkenaan dengan nikmat ALLAH berikan kepada hambanya.
ketika muda kita mampu bersolat lama, solat sempurna, berdiri tegak, bersujud lama dalam kesyahduan, boleh mdnghafal berbagai perkara namun ketika tua segala nikmat ini ALLAH tarik perlahan2. jadi janganlah kita menangguh lagi pengabdian kita pada Illahi. jangan tunggu waktu tua kerana ia tidak sesempurna ketika muda.
nikmat makan, nikmat penglihatan, pendengaran allah bagi pinjam ketika muda jadi gunakan untuk mengucapkan syukur kepada ALLAH atas segala pinjaman yang sementara..
sebelum segala-gala berkahir jom syukuri nikmat tuhan ini...
jangan tangguh untuk menuju Tuahn
jangan tangguh untuk beramal takut x berkesempatan
Posted by cinta_syahid at 12:24 AM 0 comments
Sunday, September 16, 2012
MEREKA HINA NABI KITA????
ALLAH melihat kepada hottest story sekarang nie "innoncence of muslims" terasa bahang kemarahan dalam hati, x sanggup nak melihat cerita itu sampai habis, bayangkan seorang insan yang kt sygi dikutuk dan d hina begitu, moga ALLAH menghina mereka. Plot cerita yang begitu tidak bertepatan dengan sejarah dan ketamadunan islam sendiri, ketidaksopanan mereka terhadap agama islam, dan kebiadapan kekeliruan tentang islam di jadikan jalan cerita yang begitu tidak bertamadun, tidak berakhlak dan tiada kesedaran sivik yg tinggi; menghangatkan dunia dan khususnya orang ISLAM.
pemasalahan yang dihebatkan d media-media elektronik menunjukkan rusuhan yg begitu tragis di luar negara demi untuk mempertahankan islam dan kesuciannya dan kehormatan seorang RASUL ALLAH..
Terima Kasih kepada semua yang menyokong dan menyatakan kebencian yang amat tinggi kepada fenomena ini, namun dalam kontek yang lain ana berharap kita dapat menangani masalah ini dngan rasional seperti ap yg telah ALLAH dan RASUL memberikan keteladan yang tinggi kepada kita,
mgkin dalam 3 minute cerita yang ana lihat dalam cerita ini boleh diperbetulkan kembali kepada mereka yang bukan beragama islam, cerita yang mempertontonkan islam itu hanyalah sebuah seks, kerakusan kuasa, jahat, menindas wanita dan wanita berada di kelas kedua dalam islam serta islam menunjukkan kebencian kepada agama selain islam. inilah persepsi yang harus di perbetulkan.
1) Islam bukan agama yang kejam dalam peperangan - islam mempunyai adab dalam peperangan, dalam peperangan tentera muslim diajar cara beradab dalam perang, tidak boleh membunuh kaum wanita dan kanak3, tidak boleh membakar umah ibadah agama lain, dan tidak boleh menzalimi orang tua, 3 golongan ini kanak2, wanita dan orang tua perlu diberikan hak mereka kerana mereka tergolong d kalangan org2 yang lemah.
jika kita melihat peperangan dan serangan dari AMERIKA khususnya dan ISREAL amnya, membunuh 3 golongan ini dan menjadikan mereka sasaran utama, isu ini boleh dilihat dalam kekejaman ISREAL ke atas PALESTINE...
selain itu secara faktanya masyarakat islam dan kristian d bumi palestine bekerjasama bg menghadapi bahaya kekejaman israel.
2) Rasulullah adalah seorang yang dihormati oleh masyarakat arab, seorang yang jujur, seorang yang penyabar dan penuh kasih sayang - ketika seorang perempuan tua membenci beliau dan pernah membaling najis kepada beliau namun nabi masih bersabar dan ketika perempuan tua itu sakit nabi ke rumah orang tua itu untuk menziarahi beliau
3) Nabi mengahwini wanita amnya ketika itu adalah untuk membela wanita-wanita yang telah kematian suami ketika berperang membela penindasan kafir quraisy ketika itu, wanita pertama yang nabi kahwini adlh khadijah, dan nabi hanya mengahwini isteri yg lain setelah kewafatan rasulullah.
4) sejarah menjelaskan umat islam zaman RASULULLAH berperang adlah untuk membela penindasan dari kaum kafir quraisy ketika itu yg sangat menzalimi orang islam ketika itu, Kebangkitan islam adalah di bawah penjagaan ALLAH melalui AL QURAN.
jadi apakah penyelesaian yang terbaik untuk kita menangani isu ini???
1) marilah sama kita berdoa kepada ALLAH untuk membantu kita menangani isu ini dngn bijak dan terbaik.
2) kita bantah semua penghinaan NABI kita dengan cara berhemah,
3) penyelesaian ketika membina keperibadian diri seperti didikan oleh RASULULLAH berdasarkan AL QURAN dan ALLAH yang diberikan hikmah kepada RASULULLAH.
4) DAKWAH perlu dipergiatkan kepada semua orang tentang indahnya islam ini, bukan sekadar agama tetapi lebih dari itu mengajar semua perkara, ISLAM is the way of life.
semoga perkongsian ini dan masalah ini memberikan kt inspirasi dakwah dengn lebih giat.. marilah sama-sama mengerakkan kerja2 islam dengan lebih bersemangat lagi.
kerajaan islam perlu didirikan demi memberikan gambaran sebenar ttg islam.
kemenangan islam itu pasti akan tiba, dekat, jauh, beribu batu itu bukan persoalan namun janji ALLAH itu pasti akan datang,
Dakwah itu panjang dan berliku dan jgn berhenti untuk kerja itu,,, moga ALLAH merahmati kita semua..
Posted by cinta_syahid at 8:06 AM 0 comments
Friday, June 22, 2012
JOM BERKATA TENTANG SHOPPING MALL?????
kalau di sebut berkaitan dengan shopping mall.. saya yakin ramai diluar saja bisa sahaja bersetuju inilah tempat yang paling menarik utk dihabiskan masa bersama keluarga, kawan2 dan juga saudara mara.
saya sebagai seorang manusia juga tidak terlepas untuk memasuki kawasan seperti ini.. tapi apa yang ingin saya bawakan untuk anda semua bukan berapa standard nyer shopping mall tersebut tetapi ingin berbicara tentang keselesaan membeli belah tanpa meninggalkan suruhan ALLAH.
alhamdulilah sepanjang temapt shopping mall yang pernah sy jelajahi di MALAYSIA setakat ini hampir semua tempat ad surau cuba dalam keadaan selesa ataupun tidak..
dalam dari itu kadang kala alhamdulilah masih ada lagi insan-insan yang ingatkan ada tuhan ketika mereka melayan nafsu dunia untuk membeli barangan keperluan.
alhamdulilah cuti sekolah 2 minggu saya berpeluang ke satu shopping mall bersama keluarga naik 2 kereta satu mpv satu kereta.. uishhh ramai tuerrr.
kami bertolak dalam jam 4,10 ptgg.. perjalanan masa yg diambil mengambil masa 30 minit. apa yang sangat menakjubkan sesampai shj di pintu masuk satu announcement "sekarang masuk waktu asar" dan azan dikumandangkan.. beberapa minit kemudian "kami menyediakan perkhidmatan surau di tingkat 2 semua muslim dan muslimat boleh menunaikan solat fardhu asar"
apalagi kaki berhenti kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat asar dahulu sebelum meneruskan niat membeli belah.. alhamdulillah surau yang sangat selesa.
kali pertama sampai di situ terus ke surau dulu,,, baru merasa masuk dalam shopping mall
jadi jangan cari alasan utk tdk menunaikan solat... dimana shj anda berada di situ anda boleh menjalankan tanggungjawab sebagai hamba tuhan
cari shopping mall yg ada perkhidmatan surau yang selesa untuk menunaikan solat..
anda mampu memilihnya..
<3
dalam keseronokkan dunia jangan pernah tinggalkan kewajiban sebagai hamba ALLAH.. Jom ubah sekarang
Posted by cinta_syahid at 9:10 PM 0 comments
Saturday, June 16, 2012
SUKAR UNTUK MERAMALKAN...
kehidupan manusia pada hakikat nyerr hanya berlegar-legar diantara 3 masa iaitu semalam suatu masa yang telah berlalu tanpa dapatkan kita perbaiki walaupun hanya 1 saat, ianya adalah sebuah sejarah. esok adalah sesuatu yang tidak dapat dipastikan dan diramalkan apa yang akan berlaku walaupun sesaat,,, jadi kehidupan manusia hanya dimilikki adalah hari ini yang akan dicorakkan dan di adun mengikut kehendak manusia samada dengan iman atau dengan hawa nafsu manusia....
jadi begitulah ajal serta takdir manusia yang tidak dapat di ramalkan oleh manusia dengan apa juga ilmu yang dipelajari kerana ajal adalah rahsia illahi.
cuma apa yang perlu kita tanya pada diri apa persediaan kita untuk menghadapi hari kematian kita yang akan datang tanpa kita sedar.. bila kita bertemu dengan ALLAH nanti apa yangakan kita bawa. apakah persembahan yang kan kita berikan untuk bertemu dengan tuhan segala alam yang menjadikan seluruh alam ini.
sebelum terlambat marilah sama-sama kita bermuhasabah diri meletakkan diri kita dlam keadaan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t moga ALLAH sentiasa merahmati kita
Posted by cinta_syahid at 6:59 AM 0 comments
Saturday, June 9, 2012
kembara ilmu di bumi gontor
Posted by cinta_syahid at 6:07 PM 0 comments
Saturday, November 5, 2011
YA ALLAH MANA INGIN KU LETTAKKAN CINTA INI...
salam hari eidul adha,
SEBUAH peristiwa pengorbanan seorang ayah mengorbankan anaknya demi cinta kepada sang Pencipta,
peristiwa si anak merelakan pengorbanan diri sendiri demi CINTA ALLAH, demi kasih AYAH..akhirnya tercapai cinta hakiki..
hebat kisah cinta ini lebih hebat dari kisah cinta lela majnun, lebih hebat dari cinta taj mahal..kerna apa cinta mereka tidak menderita tetapi disUburkan dengan kasih sayang ALLAH, yakni yakin akhir nanti menyusun bertemu bersama dengan ALLAH dalam keadaan keredhaan ALLAH.. memberikan cinta yang pasti membahagiakan insan yang tersayang..
ingin ku luahkan rasa cinta ku buat mereka yang bergelar muslimah, seorang insan yang ALLAH cipta cukup hebat, menjadi hiasan di dunia dan paling penting hiasan yang lebih bernilai di sisi ALLAH adalah nilai wanita solehah.
sahabat-sahabt muslimah yang aku kasihi,
ingin ku ingatkan dirimu dan diriku, ketahuilah wahai insan yang ku kasihi dimana perlu campakkan cinta kita.
dimana perlu kita berikan kasih sayang kita..
Aku tidak melarang mu untuk bercinta, tetapi bagaimn cara nyer wahai muslimah???
bagaimana cara nya??????????? ya allah bagaimna caranyer?
kejam sungguh kah islam ini untuk menutupkan fitrah seorang manusia untuk dicintai dan menyintai..
wahai adik perempuanku, wahai kakak perempuan dan wahai semua muslimah... siapa berhak mendapatkan cinta kita???
berikan cintamu yang pertama untuk ALLAH...
kenapa???
kerana ALLAH menciptakn kita
krn ALLAH mmberikan nikmat rezeki walaupun kadang-kadang kt mengingkari semua perintah ALLAH
krn ALLAH sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat
krn kasih sayang untuk semua hambanya
Bagaimana???
buat ap ALLAH suruh tgglkan semua ALLAH larang..
yang kedua berikan cintamu buat ayah dan ibumu .
kenapa ???? -
krn dengan mereka kita wujud didunia.
krn mereka kita mampu menjadi seorang manusia
kerana mereka kita mengenali dunia
kerana mereka telah membesarkan kita
jika tidak setuju...siapa kita untuk mereka mampukah kita buat semua itu untuk mereka???
kami pun nak couple jugak...
ALLAH berikan engkau dengan nikmat Nikah, iaitu ijab dan kabul..
ap istimewa kahwin nie..
seorang ayah memberikan anak perempuan dalam keadaan terhormat, si DIA menerima kita dengan sebuah tanggungjawab memjaga dan membela kita dengan sepenuh daya nya...
jadi wahai wanita serahkan cinta mu untuk seorang insan bernama suami mu...aku cinta dia kerana ALLAH...
inilah nikmat kasih sayang ALLAH untuk wanita tidak dijual dengan kemurahan, tidak dijual dengan sia-sia tanpa perjanjian, tidak akan dipersiakan dengan sia-sia.. :)
Posted by cinta_syahid at 10:42 PM 0 comments