CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 9, 2012

kembara ilmu di bumi gontor






Tahun lepas bersama guru-guru smadt telah berkesempatan untuk memijak bumi indonesia yg mempunyai banyak visi kehidupan di sana.. tetapi yg harus diakui oleh kita sistem pendidikan indonesia jauh kehadapan berbanding bumi yang paling kita cintai MALAYSIA.

naik flight kul 10 pg dari lcct sampai dalam jam 12 tghari di airport bandar solo bertembung pulak dengan kejohanan paralimpik disana.. menjejak kaki disana tiada masalah yg besar bersolat jama' sebelum bertolak ke bandar ponogoro di jawa tengah..

sepanjang perjalanan dari masuk bandar sangat sesak, tetapi bila keluar ke bandar masuk kampung masyaallah udara nyaman di spanjang perjlnan ke pusat tarbiyyah gontor dihadiahi dengan kehijauan sawah padi di kiri dan kanan. allah memang sangat indah.

tujuan kami ke gontor adalah untuk mencari sedikit ilmu untuk di bawa pulang ke pusat tarbiyyah pendidikan yg kami perjuangkan SMADT.. sekolah menengah agama darul taqwa ipoh perak..

yang amat menkjubkan bumi gontor ini adalah satu pendidikan yang cukup besar mengabungkan nilai akademik dan agama, pelajar adalah terdiri dari pelbagai negara termasuk lah kanada, australia. yang paling menakjubkan bahasa pengantaraan di antara pelajar adalah bahasa arab dan english... maka sudah tentulah potensi yang cukup hebat untuk para pendakwah menguasai kedua-dua bahasa ini...

apa yg sgt mengagumkan sekolah ini adalah sekolah persendiriaan seperti mana sekolah agama rakyat di malaysia.. boleh berdiri dengan sendiri tanpa ada sedikit pun bantuan dari kerajaan negara indonesia.. mempunyai lebih 200 bidang perniagaan dan menguasai ekonomi bandar ponogoro.. 

maka ap yg telah kami pelajari sepnjg berada di sana bahawa jika niat kt untuk membina sistem pendidikan berasaskn al quran dan as sunnah maka itu lebih jelas dan relevan sepanjang zaman.  persiapan serapi2 untuk pengukuhan dana sekolah supaya sekolah agama milik rakyat ini tidak akan di perlekehkan.. ketiga perlu ada tenaga yang sanggup mati untuk memperjuangkan sekolah agama rakyat dengan harta, jiwa bukan sekadar mentadbir dan memberi fasiliti tetapi lebih memahami perjuangan islam itu sendiri

moga suatu hari nnt kami bisa menjadikan SMADT sbg sebuah komplek pendidikn yang di sanjung tinngi.  jika ingin berjaya maka cabaran amat getir dan berliku, moga allah istiqmahkan hati dlm perjuangan jihad pendidikan utk generasi unggul masa hadapan yang akan mentadbir negara berlandaskan al qurn dan assunnah

0 comments: