CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 22, 2012

JOM BERKATA TENTANG SHOPPING MALL?????


kalau di sebut berkaitan dengan shopping mall.. saya yakin ramai diluar saja bisa sahaja bersetuju inilah tempat yang paling menarik utk dihabiskan masa bersama keluarga, kawan2 dan juga saudara mara.

saya sebagai seorang manusia juga tidak terlepas untuk memasuki kawasan seperti ini.. tapi apa yang ingin saya bawakan untuk anda semua bukan berapa standard nyer shopping mall tersebut tetapi ingin berbicara tentang keselesaan membeli belah tanpa meninggalkan suruhan ALLAH.

alhamdulilah sepanjang temapt shopping mall yang pernah sy jelajahi di MALAYSIA setakat ini hampir semua tempat ad surau cuba dalam keadaan selesa ataupun tidak..

dalam dari itu kadang kala alhamdulilah masih ada lagi insan-insan yang ingatkan ada tuhan ketika mereka melayan nafsu dunia untuk membeli barangan keperluan.

alhamdulilah cuti sekolah 2 minggu saya berpeluang ke satu shopping mall bersama keluarga naik 2 kereta satu mpv satu kereta.. uishhh ramai tuerrr.

kami bertolak dalam jam 4,10 ptgg.. perjalanan masa yg diambil mengambil masa 30 minit.  apa yang sangat menakjubkan sesampai shj di pintu masuk satu announcement "sekarang masuk waktu asar" dan azan dikumandangkan.. beberapa minit kemudian "kami menyediakan perkhidmatan surau di tingkat 2 semua muslim dan muslimat boleh menunaikan solat fardhu asar"

apalagi kaki berhenti kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat asar dahulu sebelum meneruskan niat membeli belah.. alhamdulillah surau yang sangat selesa.

kali pertama sampai di situ terus ke surau dulu,,, baru merasa masuk dalam shopping mall

jadi jangan cari alasan utk tdk menunaikan solat... dimana shj anda berada di situ anda boleh menjalankan tanggungjawab sebagai hamba tuhan

cari shopping mall yg ada perkhidmatan surau yang selesa untuk menunaikan solat..

anda mampu memilihnya..

<3
dalam keseronokkan dunia jangan pernah tinggalkan kewajiban sebagai hamba ALLAH.. Jom ubah sekarang

Saturday, June 16, 2012



SUKAR UNTUK MERAMALKAN...

kehidupan manusia pada hakikat nyerr hanya berlegar-legar diantara 3 masa iaitu semalam suatu masa yang telah berlalu tanpa dapatkan kita perbaiki walaupun hanya 1 saat, ianya adalah sebuah sejarah.  esok adalah sesuatu yang tidak dapat dipastikan dan diramalkan apa yang akan berlaku walaupun sesaat,,, jadi kehidupan manusia hanya dimilikki adalah hari ini yang akan dicorakkan dan di adun mengikut kehendak manusia samada dengan iman atau dengan hawa nafsu manusia....

jadi begitulah ajal serta takdir manusia yang tidak dapat di ramalkan oleh manusia dengan apa juga ilmu yang dipelajari kerana ajal adalah rahsia illahi.

cuma apa yang perlu kita tanya pada diri apa persediaan kita untuk menghadapi hari kematian kita yang akan datang tanpa kita sedar.. bila kita bertemu dengan ALLAH nanti apa yangakan kita bawa.  apakah persembahan yang kan kita berikan untuk bertemu dengan tuhan segala alam yang menjadikan seluruh alam ini.

sebelum terlambat marilah sama-sama kita bermuhasabah diri meletakkan diri kita dlam keadaan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t moga ALLAH sentiasa merahmati kita


Saturday, June 9, 2012

kembara ilmu di bumi gontor






Tahun lepas bersama guru-guru smadt telah berkesempatan untuk memijak bumi indonesia yg mempunyai banyak visi kehidupan di sana.. tetapi yg harus diakui oleh kita sistem pendidikan indonesia jauh kehadapan berbanding bumi yang paling kita cintai MALAYSIA.

naik flight kul 10 pg dari lcct sampai dalam jam 12 tghari di airport bandar solo bertembung pulak dengan kejohanan paralimpik disana.. menjejak kaki disana tiada masalah yg besar bersolat jama' sebelum bertolak ke bandar ponogoro di jawa tengah..

sepanjang perjalanan dari masuk bandar sangat sesak, tetapi bila keluar ke bandar masuk kampung masyaallah udara nyaman di spanjang perjlnan ke pusat tarbiyyah gontor dihadiahi dengan kehijauan sawah padi di kiri dan kanan. allah memang sangat indah.

tujuan kami ke gontor adalah untuk mencari sedikit ilmu untuk di bawa pulang ke pusat tarbiyyah pendidikan yg kami perjuangkan SMADT.. sekolah menengah agama darul taqwa ipoh perak..

yang amat menkjubkan bumi gontor ini adalah satu pendidikan yang cukup besar mengabungkan nilai akademik dan agama, pelajar adalah terdiri dari pelbagai negara termasuk lah kanada, australia. yang paling menakjubkan bahasa pengantaraan di antara pelajar adalah bahasa arab dan english... maka sudah tentulah potensi yang cukup hebat untuk para pendakwah menguasai kedua-dua bahasa ini...

apa yg sgt mengagumkan sekolah ini adalah sekolah persendiriaan seperti mana sekolah agama rakyat di malaysia.. boleh berdiri dengan sendiri tanpa ada sedikit pun bantuan dari kerajaan negara indonesia.. mempunyai lebih 200 bidang perniagaan dan menguasai ekonomi bandar ponogoro.. 

maka ap yg telah kami pelajari sepnjg berada di sana bahawa jika niat kt untuk membina sistem pendidikan berasaskn al quran dan as sunnah maka itu lebih jelas dan relevan sepanjang zaman.  persiapan serapi2 untuk pengukuhan dana sekolah supaya sekolah agama milik rakyat ini tidak akan di perlekehkan.. ketiga perlu ada tenaga yang sanggup mati untuk memperjuangkan sekolah agama rakyat dengan harta, jiwa bukan sekadar mentadbir dan memberi fasiliti tetapi lebih memahami perjuangan islam itu sendiri

moga suatu hari nnt kami bisa menjadikan SMADT sbg sebuah komplek pendidikn yang di sanjung tinngi.  jika ingin berjaya maka cabaran amat getir dan berliku, moga allah istiqmahkan hati dlm perjuangan jihad pendidikan utk generasi unggul masa hadapan yang akan mentadbir negara berlandaskan al qurn dan assunnah