CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 29, 2011

Jom Tambah Pahala Di Hari Raya


Salam akhir Ramadhan dan selamat menyambut hari raya aidilfitri..
setelah genap kita berpuasa selama hampir sebulan, alhamdulillah maka ALLAH menentukan kemenangan kepada orang-orang beriman ynag telah berjaya berpuasa selama sebulan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH seperti didalam surah al baqarah ayat 183..

maka setelah sebulan kita berpuasa, menjadi bulan untuk mentarbiyyah(mendidik) diri, kita banyak bertadarus, bersolat tarawikh, bersahur, berbuka awal waktu dan sebagainya maka kini kita melangkah ke 11 bulan yang seterusnya untuk kita mempratikkan diri menjana ibadah menjadi istiqamah, insyaallah,

jadi marilah kita bersama memperingatkan diri agar pada satu syawal ini bukan lah tempat kita menambah dosa tetapi kita bersama menambah pahala disisi ALLAH..insyaallah dalam meneruskan segala amal yang telah kita lakukan sepanjang bulan ramdhan,

Antara perkara yang disarankan dilakukan untuk menambah pahala adalah;

1. sahabt, pembaca yang dikasihi oleh ALLAH... kita sering terlupa untuk melakukan perkara yang sangat baik kita lakukan pada malam raya adalah melakukan qiamulail sebelum kita menyambut syawal pada 1 syawal. ketika di malam hari nyer kita digalakkan untuk bangun dan bertahajud kepada ALLAH dalam mengharapkan keredhaan ALLAH. Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban. Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Di pagi raya kita di sunatkan untuk mandi sunat aidilfitri. i pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." (Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi).

3. Berziarah adalah amalan yang dituntut, Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak." Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain: Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak." Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.

4. Makan sebelum solat sunat aidilfitri - Sebelum keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)

Tetapi harus diingatkan dalam kita bergembira menyambut syawal yang penuh kegembiraan yang lupa berbuat amal kebajikan kepada yang memerlukan.

Dan yang paling penting dalam seronok berziarah dan mengunjungi sanak saudara jangan kita menambah dosa dalam perkara yang baik,

1. Jangan tinggal solat waktu semasa waktu berziarah

2. Jangan lambatkan solat untuk mendahului perkara lain, jaga solat fardhu agar kita tidak tertipu dengan bisikan syaitan yang sentiasa ingin melihat manusia melewatkan perkara yang fardhu.

3. Satu perkara yang perlu diingatkan adalah jangan bersalaman dengan yang bukan mahrim supaya budaya bermaafan yang baik ini tidak termasuk dalam perbuatan yang di benci oleh ALLAH. Adab pergaulan perlulah dijaga dengan baik supaya apa yang kita lakukan adalah dibawah rahmat dan kasih saying Allah.

OLEH ITU MARILAH KITA MERAYAKAN BULAN SYAWAL BULAN KEMENANGAN INI MENGIKUT APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH AL QURAN DAN ASSUNNAH..



Permintaan Iblis kepada ALLAH???



Anas bin Malik r.a. berkata:

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya,
''wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah:
"Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah:
"Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah:
"Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah:
"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah:
"Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah:
"Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya:
"Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah:
"Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah:
"Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya:
"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah:
"Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Wednesday, August 17, 2011

ANAK SOLEHAH KAH KITA??


ARTIKEL INI ANA TERIMA DARI SEORANG SAHABAT DALAM EMAIL...DAN TERGERAK UNTUK DIKONGSIKAN,,,

Berkongsi sebuah kisah.......


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.


Ayah baru balik dari sawah.


Ayah tanya Mak, “Along mana?’


Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”


Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”


Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”


Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”


Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”


Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”


Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”


Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”


Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.



Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh menjawab, “Entah.”



Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”


Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”


Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."



Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.



Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”


Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.


Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



KAU UMPAMA AIR SUNGAI…



Salam perjuangan iman, salam perjuangan da’wah, buat para akhawat yang disayangi kerana ALLAH, akhawat sekalian, hari ini bersamaan 17 ramadhan 1432 dan 17 Ogos 2011 hari ke 17 ummat islam berpuasa, dan ketika ini jugalah akhawat2 nisa’ Tambun sedang menganjurkan sebuah program bersama remaja yang di namakan quranic generation…berteraskan matlamat perjuangan mencari keredhaan ALLAH, program ini dianjurkan untuk melahirkan anak remaja, para pewaris pimpinan di masa hadapan agar tidak pernah berasa kekok dengan al quran, dan ini juga adalah sebuah perjuangan yang menuntun para akhawat untuk mengorbankan segala-galanya dari segi masa, idea, wang ringgit dan tenaga yang amat diperlukan untuk mengerakkan kerja-kerja islam.. wahai para akhawat nisa’ yang ana sayangi kerana ALLAH dan berjanji untuk menegakkan syiar islam kembali di masa semua manusia hanya mementingkan kerjaya, masa, keluarga dan juga kepentingan peribadi. Engkau wahai akhawat sanggup bersusah hanya untuk menyelamatkan manusia dari terus terumbang-ambing dalam dunia yang semakin terbuai dengan kemaksiatan dan kemungkaran disana-sini… maka ALLAH bersabda di dalam sebuah al quran yang diturunkan bermula 17 ramadhan, samalah tarikh program kita dianjurkan pada hari ini.. Firman ALLAH dalam surah As Saff “wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan engkau dari azab yang pedih iaitu taat kepada allah dan rasul dan berjihad kepada ALLAH dengan harta dan jiwamu, itu lebih baik andai engkau mengetahui.”

Maka para akhawat yang ana kasihi kerana ALLAH dan Rasul, program hari ini kita menyahut apa yang ALLAH sebut untuk memberikan perdagangan yang kita lakukan untuk memperolehi sedikit rahmat dari ALLAH, maka bilamana kita meletakkan ALLAH dan Rasul dalam perjuangan, ketika ini kita tiada masa untuk memangku tangan, medongak ke langit, berbaring di atas pembaringan yang enak kerana kerja-kerja da’wah sedang menanti dihadapan untuk dihidangkan kepada sesiapa yang inginkan keenakkan ketika di sana nanti…

Ketika ana duduk bersama seorang akhawat berkongsi cerita da’wah ketika dikampus, ana merenung deras aliran sungai mengalir terus mengalir tanpa henti, tanpa jemu, tanpa berputus asa dan terus mangalir dengan aliran yang sama walaupun dihadapannya tersekat batu besar yang sungguh luar biasa besarnya, semakin besar batu yang menghalang semakin deras engkau mengalir, semakin sempit tempat aliranmu semakin kau cuba terus mengalir lebih laju dan deras, masyaALLAH hebatnya ciptaan ALLAH ini,

Akhawat yang dirahmati kerana ALLAH, terfikir di sudut hati yang dalam inilah sebuah perjalanan hidup seorang yang menyatakan bahawa aku ingin menyusuri sirah perjalanan rasulullah, seorang para dai’e akan terus bergerak tanpa jemu inilah jalan da’wah yang mengajar manusia terus bergerak walaupun rintangan yang dihadapannya penuh onak dan liku. Akhawat yang ana kasihi dengan sebuah akidah perjuangan yang sama, itulah umpama seorang pendakwah,penggerak agama semakin sukar untuk bergerak semakin laju langkah mu menyampaikan da’wah ini tanpa jemu dan berputus asa, engkau seperti air terus bergerak tanpa henti walaupun engkau di caci manusia, walaupun engkau dicucuk duri luka, engkau merangka strategi bergerak seperti air yang mengalir merencana strategi melepasi diri dari sekumpulan kelompok batu besar untuk bergerak sehingga tiba di muara sungai…besar manfaat mu untuk manusia sepenuhnya menjadi perkara wajib dalam kehidupan untuk dijadikan air minuman, maka da’wah ini juga kesan nyer cukup besar memberi manfaat kepada orang lain umumnya untuk kembali mengenali sang pencipta, terus mara menuju illahi dengan menjadi makanan ruji rohani mad’u untuk bersama bertekad mengejar cinta dan kasih Illahi……

Wahai perjuang ALLAH, ALLAH berfirman kepada kita “adakah engkau mengira engkau telah beriman sedangkan engkau tidak diuji lagi…..” maka wahai dai’e dijalan ALLAH, sepenat kerja da’wah mu itu ALLAH tambah lagi rintangan untuk menguji nilai keimanan di dalam diri agar kita menjadi semakin teguh dalam perjuangan, jangan mengira betapa payah nyer bergerak, jangan dikira berapa masa rehatmu, jangan dikira berapa wang yang ingin kau belanjakan untuk dirimu kerana itu semua telah dibeli olah ALLAH dalam perjuanganmu…

Sahabat saat ana memandang sebuah perjuangan ini, apakah masih ada nilai sisi ini andai kita meninggalkan islam, tiada harga diri ini tanpa islam dan perjuangan, tiada nilai diri ini andai pejuangan ini kita tinggalkan kerana berputus asa dalam perjuangan, Sahabat bagaimana ingin ku nyatakan adalah sangat rugi andai kita meninggalkan perjuangan ini kerana kita tidak diperlukan dalam perjuangan tetapi kitalah memerlukan pejuangan untuk meraih sedikit keredhaan ALLAH, mencari sebuah cinta yang cukup hakiki buat seorang pencipta…

Para akhawat, ingin ku ingatkan buat diri dan buat akhawat kerana ALLAH ini dalam sebuah firman ALLAH surah al Maidah firman ALLAH lebih kurang berbunyi begini “janganlah kamu berpaling dari agama ALLAH, kerana ALLAH akan menggantikan kamu dengan satu kaum dimana ummat ini aku mnyintainya dan mereka mencintaiku , berkeras terhadap orang yang kafir dan bersikap lembut dengan orang yang beriman dan mereka tidak takut kepada celaan manusia…” , para akhawat yang ana sayangi kerana ALLAH, janganlah kita sekali pun melafazkan dan berniat untuk meninggalkan perjuangan ini kerana sesungguhnya kita tidak berguna pun untuk islam, tetapi sangat memerlukan islam, andai kita meninggalkan perjuangan maka ALLAH akan menggantikan kita dengan orang lain dimana mereka ini lebih tulus perjuangan nya dan dijanjikan syurga oleh ALLAH, moga kita bertemu ALLAH dalam iman, islam dan da’wah seperti syahid imam Hassan al banna…pergi seorang murrabbi yang dirindui sehingga kini…..

Sebagai renungan diri , kita tidak mampu menjadi mereka yg menegakkan islam di zaman sahabat yg penuh rintangan mengangkat senjata terkorban syahid di medan perang, kita tidak mampu untuk menjadi seperti Sayid Qutb sanggup ke tali gantung teguh mempertahankan akidah dan iman….tapi aku hanya mampu menjadi sedikit tenaga penggerak kepada program2 islam…semoga semua berjalan di bawah mardhatillah ALLAH, semoga mati kita nanti didalam iman, islam dan di dalam sebuah perjuangan dakwah di jalan ALLAH…

Senyum mujahid, senyum murabbi menuju ALLAH…

Tuesday, August 16, 2011

Hati




Hati sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan apatah lagi kalau berkait denga perasaan...agak sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata dan tafsiran secara zahirnya...hakikatnya hati ini hanya milik ALLAH dan rahsia tuan punya badan...hebat ciptaan ALLAH ini sesuatu yang amat diperlukan oleh manusia, andai tiada hati, jiwa dan perasaan tidak lengkap satu fitrah kehidupan...setiap insan diberikan oleh ALLAH hati untuk merasai pelbagai emosi, yg paling best bagi golongan remaja "aku ingin dicintai dan mencintai", bagi sebuah keluarga "seronoknyer ada family yang happy", bagi sebuah ukhuwah "seronoknyer dapat sahabat yang akan berkorban bersama"...semua ini sebuah fitrah yang ingin dimilikki oleh setiap orang....jadi hati ini mempunyai persepsi yang sungguh luar biasa yang sukar untuk dimengertikan...disini segala amal perbuatan kita bermula...bagi seorang pendakwah, apatah lagi seorang dai'e di jalan ALLAH, hatilah sesuatu perkara yang amat penting dan perlu dijaga agar segala nyer menjadi sebuah ibadah kerana ALLAH...dalam sekeping hati ini kita mendambakan sesuatu yang kita kehendaki dan kadang kala semua itu tidaklah direncanakan oleh ALLAH mengikut ap yg ad didalam hati...jadi disini kita belajar untuk menjadi orang yang sabar, pasrah dan redha diatas setiap ketentuaan ALLAH. hati sangat sukar untuk dijaga kerana hati ini adalah tempat pertama yg akan digerakkan oleh tubuh badan untuk melakuka sesuatu. jadi nyer jika hati kita ikhlas dan bersungguh-sungguh maka secara tidak langsung akan terzahir melalui amal perbuatan kita...melalui hati juga amal kita boleh jadi rosak semua sekali andai tiada keihlasan didlm hati kita...ALLAHU rabbi mohon untuk pelihara hati ini dari perbuatan yang tidak baik, hindar dari perbuatan yang sia3x... Andai boleh ku nayatakan kepada semua agar mereka mengerti bahawa kehidupan hidup ini hanya sementara ayuh semua kita perbanyakkan segala amalan agar kita tidak tertinggal dibelakang lagi...ayuh semua kita bersama berlarian mengejar kasih ALLAH kepada kita, mari semua kita berubah mengikut ALLAH dan Rasul kerana Rasulullah sedang menanti di telaga kausar untuk memberikan syafaat kepada kita...ayuh semua telah ALLAH sediakan segala kenikmatan syurga untuk kita...jgn berhenti mari kita terus berlari...kerana hati sangat merindui belaian kasih tuhan...berikan kesempatan kepada hati untuk dibersihkan dari titik dosa dan noda...jagalah hati dengan zikrullah, tadarus tazkirah...bersihkan hati setiap hari sebagai mana kita membersihkan diri...insyaallah bermula dengan selangkah dengan bersungguh pasti ALLAH akan gandakan langkah itu menjadi beribu....

Mentega mengandungi DNA babi



KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas, mendapati produk itu datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza.

“Perkara ini disahkan wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand. Berikutan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenya­taan di sini.

Othman juga meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang menggunakan produk tersebut, menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Othman berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.- Bernama DARI SINAR..

Buat ummat islam marilah kita berhati-hati dalam mencari makanan halal dan suci.. :)