CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 27, 2011

INDAHNYA KASIH ALLAH


SATU CERITA UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA..

ABU SALAMAH adalah suami ummu salamah (isteri Nabi saw) sebelum dia mati kerana kecederaan y teruk dlm perang uhud... namun... dgn luka itu jg Beliau menyahut seruan Nabi SAW dan menang dlm perang menentang Bani Asad... Luka dari uhud itu bertambah parah menyebabkan Abu Salamah terbaring di pembaringan, dia berkata pada isterinya...
"Wahai Ummu Salamah, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Tiada seorang muslim pun yang ditimpa musibahkemudian dia mengucapkan kalimat istirja' (inna lillahi wa inna ilaihi raji'un), kemudian berdo'a: 'Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dangantilah untukku dgn yang lebih baik darinya”
kemudian Abu Salamah pergi menghadap Ilahi di pangkuan Rasulullah SAW
Sedih pilulah hati Ummu Salamah atas pemergian insan yg paling dicintainya, redho dan pasrah dgn ketentuanNya. ..... Namun, Ummu Salamah pelik dengan perkataan suaminya...
"Wakhluflii khairan minha" (dan gantilah untukku dengan baik darinya) “siapakah gerangan yang baik dari Abu Salamah?" selepas tamat iddahnya, Abu Bakar dan Umar masuk meminangnya, namun ditolak dgn baik... Kemudian datang pula Rasulullah SAW meminangnya. .., Namun Ummu Salamah bertindak melihat kekurangan diri yg ada padanya...
“Marhaban ya Rasulullah, bagaimana mungkin aku tidak mengharapkanmu ya Rasulullah, hanya saja aku wanita yang cemburu, maka aku takut jika engkau melihat sesuatu yang tidak disenangi dariku maka Allah mengazabku, aku wanita yang lanjut usia dan memiliki tanggungan keluarga.
Kebijaksanaan Rasulullah SAW tidak dapat disangkal lagi. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Adapun alasanmu engkau wanita lanjut usia, maka sesungguhnya aku lebih tua darimu dan tiada aib dikatakan menikah dengan orang yang lebih tua darinya. Mengenai tanggungan anak yatim, maka semua jadi tanggungan Allah & RasulNya. Adapun alasanmu engkau wanita pencemburu, maka aku akan berdoa kepada Allah agarmenghilangkan sifat itu dari dirimu"
Ummu Salamah pun redha dgnnya... "Sungguh Allah telah menggantikan bagiku seorang suami yang lebih baik dari Abu Salamah, yakni Rasulullah saw.
Maka berbaik sangkalah atas apa yg ALLAH telah tentukan utk kamu..berdakwahlah Kerananya.

Tuesday, February 22, 2011

SABAR????




Orang sering berkata sabar itu separuh dari iman, mudah dituturkan tapi payah sungguh nak sabar nie..cmner nie?????
Dalam jalan dakwah ini kadang-kadang kiter akan diuji dengan adik-adik usrah x nak pergi usrah ler, kiter juga mungkin diuji dengan keadaaan nak ajak anak-anak murid jadi baik kiter pulak yang diumpat nyer.. x jadi masalah lah dengan semua tue, janji yakin ALLAH ad kalau kita nak wat kerja baik…
Dalam kita nak sampaikan dakwah yang benar mungkin ada segolongan orang yang x suka nak tengok kita ajak anak-anak muda ini jadi baik. Jadi kita akan diuji dengan ujian umpatan, mungkin kita diuji dengan sesuatu yang boleh menyebabkan kita berasa agak kecewa. Tapi bila difikirkan dimana iman kita. Ungkapan sabar wahai diri jauh kita letakkan..
Jadi dalam diri ana, cuba nak didik diri menjadi orang yang sabar dalam apa-apa pun keadaan yang menimpa, bila diri dah berjanji untuk menjadi baik dan nak ajak orang jadi baik maka banyak pula ujian ALLAH nie kenapa lah agaknya…
Duduk sejenak selepas solat asar dan seusai membaca al mutharat muhasabah diri mana pergi nyer sifat sabar nie, fikir-fikir rupa-rupanya ALLAH nak tarbiyyah kita menjadi orang yang lebih relevan dan sabar kalau ad satu-satu masalah yang menimpa, kalau kita melenting pasti semua ini x dapat diselesaikan kerana kita ini sangat lemah berbanding ALLAH. Maka jalan yang terbaik kita minta ALLAH tolong kita, kan x jadi masalah kerana ALLAH lebih mengerti siapa kita. Seronok jadi orang islam nie ad masalah kita ambik wudhuk dan solat kita mintak kat ALLAH insyaallah hati jadi tenang, kita menangis dekat ALLAH kita x perlu malu kerana ALLAH x pernah perlekehkan kita apatah lagi ketawakan kita. Tapi bila kita nangis di hadapan manusia pasti orang kata kita ngada2x, kalau bahasa budak muda sekarang gedik betoi budak nie…kesian dah ler sedih kena kata pulak dengan makhluk bernama manusia.
Dalam perjalanan menuju redha ALLAH kesabaran sering kali teruji, mungkin ini cara ALLAH nak tambah pahala kita. Mungkin ALLAH nak bagitahu nilai sabar itu terlalu tinggi. bila tengok balik sirah Rasulullah berkata hati Hebat nyer insan ini, tahap kesabaran yang cukup tinggi. Seorang Insan yang hebat ini telah dijanjikan syurga, kekasih sang pencipta dan seorang utusan ALLAH yang disayangi oleh seluruh makhluk di langit dan dibumi. Seorang yang cukup penyabar nak sampaikan islam untuk kita walaupun diuji dengan ujian yang sangat getir, mencabar, dicaci, dihina dan macam-macam lagi tapi Rasulullah tetap sabar dengan ujian itu. Nilai akhlak yang rasulullah tunjukkan itu sungguh amat bermakna untuk insan yang lemah macam kita nie. Belajor jadi sabo untuk dapatkan keredhaan ALLAH, Belajor jadi sabo untuk mentarbiyyahkan diri. Tapi ana yakin kalau kita banyak bersabar ada balasan yang hebat ALLAH nak bagi kita..
Solusi nyer kita perlu sabar walaupun banyak rintangan yang menimpa kita…kerana ALLAH kata dalam AL QURAN “janganlah kamu bersedi kerana ALLAH bersama-sama dengan Orang yang sabar”….uhh lega dan tenang rasa hati…ALLAH bersama orang-orang yang sabar…mesti ALLAH nak bagi sesuatu yang lebih hebat kalau kita bersabar…samalah cerita Rasulullah memberi makan kepada seorang tua yang bencikan islam. Ketika Rasulullah hidup x Nampak lelaki ini nak peluk islam tetapi selepas kewafatan Insan yang hebat yang kita cintai ini maka ALLAH membalas kesabaran Rasulullah itu dengan hadiah yang terhebat iaitu lelaki tua itu masuk islam…YA ALLAH Hebat benor pencaturan ALLAH bagi nilai orang yang bersabar.
“YA ALLAH SABARKAN AKU MENEMPUH UJIAN DAN MEHNAHMU, JAUHKAN AKU DARI SIFAT PUTUS ASA, JADIKAN DIRIKU INI SENTIASA BERSAMAMU..YA ALLAH AKU MENCINTAI DAN MENYANYANGI MU, TERIMALAH NILAI CINTA KU INI DISISIMU, WALAU KU TAHU SIAPAKAH AKU DISISIMU..NAMUN X SANGGUP RASANYA AKU MENGHADAPI KEMURKAAN MU…AMIIIN”

NAMPAK SIMPLE TETAPI SELALU TERLUPA????



APA KEBENDA NYER EK NAMPAK MACAM SENANG TETAPI MUDAH LUPA NAK BUAT, RUGI BETOI..ISH3X…
INI CERITA TENTANG KALIMAH "A'u zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Maksudnyer “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Jadi untuk mendaptkan hati yang ikhlas dan amal perbuatan lebih baik maka ayat ini perlu diamalkan setiap kali memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Maka pasti apa yang kita buat dipandu oleh malaikat. Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas 3x Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Oooo begitu, mudah jer..insyaallah boleh diamalkan.
INI PULAK BENDA MUDAH TAPI KITER X SELALOOO BUAT…ISH3X
Kisahnya ketika Rasulullah SAW bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telahmengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dengan begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Jadi x susah pun, jgn lupa setiap kali melakukan sesuatu kita mulakan dengan bismillahirrahmannirrahim moga amalan itu mendapat berkat dan menjadi ibadah jika niat nyer untuk ALLAH, mudah betoi nak kumpulkan pahala…jadi apa tunggu lagi jom kiter kumpul pahala.
Peringatan untuk semua kalau kita dah mati kita Cuma boleh bawak 3 benda jer iaitu Sedekah/amal jariahnya, Doa anak-anaknya yang soleh dan ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Jadi jom lumba-lumba lakukan yang baik. Sampaikan kebaikan satu hari satu, cuba baca al quran sehari semuka paling tidak pun jangan tinggal solat 5 waktu. JOM KITA JADI BAIK UNTUK KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT! ;)’

Saturday, February 5, 2011

SIAPA PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT?




Melihat kepada kebangkitan rakyat di MESIR, Membuka mata saya untuk berfikir berkaitan dengan seorang pemimpin..kebangkitan rakyat MESIR adalah disebabkan oleh kadar pengangguran yang sangat tinggi dan kadar kemiskinan yang tinggi walaupun MESIR menguasai laluan laut antarabangsa melalui TERUSAN SUEZ...teringat sebuah kisah di zaman UMAR AL KHATTAB seorang pemimpin teragung, antara sahabat yang hidup di zaman RASULULLAH dan bersama berjuang memenangkan islam di medan petempuran demi meraih cinta dan Redha Illahi. ketika Umar berjalan di malam hari melihat keadaan rakyatnya bersama seorang pembantu melalui lorong-lorong kota madinah. ketika Beliau bersama pembantunya berjalan dalam kedinginan malam, mereka bertemu dengan seorg wanita dan anak-anaknya duduk mengelilingi periuk besar di atas api. anak-anak itu mengeluh kelaparan. lalu Khalifah Umat mendekati keluarga itu bertanya kepada ibu itu apa yang terjadi, maka ibu itu menjawab anak-anaknya kelaparan dan menjawab: sudah 2 hari mereka tidak makan, yang dimasaknya hanyalah air dan batu supaya anak-anaknya boleh menunggu hingga tertidur. Umar bertanya kpd ibu tadi kenapa tidak diberitahu kepada KHALIFAH UMAR? Maka berkatalah ibu tadi: seharusnya dialah yang tahu keadaan kami, Dia punya kuda dan juga ribuan tentera, seharusnya dia tidak boleh tidur nyenyak dirumahnya sementara rakyatnya seperti kami ini kelaparan dan kedinginan, tanpa dia mengetahui org yang ada dihadapannya adalah Khalifah UMAR. mendengar jawapan itu UMAR terus ke gudang menyimpan gandum dan mengambil satu karung gandum bersama minyak samin. Khalifah Umar mengendong sendiri gandum dan minyak itu walaupun pembantunya melarang dan ingin membantunya membawa barangan tersebut..KHALIFAH UMAR berkata "apakah kamu ingin memikul dosaku di hari kiamat kelak"..kemudian Umar ketempat wanita itu membawa barangan tersebut dan menghidupkan api serta memasak gandum yang dibawa bersamanya. Kemudian UMAR meminta perempuan tersebut mengejut anak-anak nya untuk makan makanan yang telah dimasaknya...sebelum berlalu umar meminta wanita datang ke pejabat KHALIFAH untuk mendapatkan bantuan segera..pagi harinya wanita itu pergi ke pejabat KHALIFAH dan dia sangat terkejut kerana org yang membantunya semalam adalah KHALIFAH UMAR AL KHATTAB RADHIYALLAHU 'ANHU...
disini ada nilai seorang pemimpin yang memimpin bukan untuk nama, harta bahkan bukan untuk kepentingan diri. tetapi pemimpin yang bila diberi amanah dia menjalankan dengan sesempurna mungkin."laa diina liman laa amanata lahu, " maka seharusnya pemimpin yang ada mengamalkan apa yang telah digariskan oleh islam agar semua menerima keadilan yang saksama. ketika subsidi minyak rakyat ditarik balik, banyak golongan miskin bawahan menerima impak yang sangat besar, duit bayaran bas naik, harga barangan meningkat, harga makanan basah naik dan semua barangan akan naik. keadaan ini sangat dirasai terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. maka seharusnya kajian semula perlu dilakukan untuk memastikan rakyat menerima semua kurniaan hasil bumi yang telah ALLAH berikan berpandukan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" .
Pemimpin berjiwa rakyat adalah pemimpin yang bersama merasai penderitaan rakyat seperti Umar Al khattab seorang KHALIFAH teragung namun sanggup memikul berat gandum demi menjalankan amanah yang diberikan. Pemimpin yang mengikut aturan al quran dapat menjaga hak-hak rakyat.