CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 10, 2009

HAMBA ILAHI


Sesal aku,
Pabila buku amalku,
Diletakkan di atas neraca Allah,
Yg tak pernah silap,
Menilai tiap insan,
Tidak seperti neraca dunia,
Yg seringkali menipu.

Gundah aku,
Pabila dosaku,
Melebihi amal solehku,
Di dunia banyak sedekahku,
Lama sujudku,
Berkali ku lawati rumah suci Allah,
Ke mana hilangnya pahalaku?

Wahai insan,
Sedekahmu kau pamerkan,
Sujudmu lama jika ada yg memandang,
Pabila sendirian solah pun kau tinggalkan,
Ke Baitullah hanya mahu gelaran Haji dan Hajjah,
Lebih lama kau membeli belah,
Dari bermunajat di hadapan Kaabah,
Ibu bapa kau derhakai,
Sedangkan berkata "Ah" pun sudah berdosa,
Masa mudamu kau asyik bercinta,
Ke panggung wayang dan taman2 hanya berdua,
Pabila diajak menuntut ilmu agama,
Katamu "Tidak ada masa"
"Aku sibuk mengejar ilmu dunia"
Citamu mahu jadi doktor, kalau tidak pun jurutera,
Namun jadi hamba Allah yg soleh,
Tidak pernah terlintas,
Di mindamu yg bijaksana.

Tersedar ku dari lamunan,
Alhamdulillah itu semua hanya mimpi,
Dan aku masih bernafas lagi,
Selama ini,
Segala nikmatNya tak kusyukuri,
Larangannya ku amalkan sehari-hari,
Astagfirullah,
Ku mohon ampun pd Ilahi,
Moga pintu taubat terbuka lagi,
Dan aku mampu menjadi HAMBA ILAHI,
Dan aku berjanji,
Usia remajaku takkan tersia lagi.


0 comments: